Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menggesa agar peminat bersyukur selepas Malaysia menewaskan Kyrgyzstan pada perlawanan pertama kumpulan D saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asisa 2027.

TMJ berkata demikian dimana beliau memberi komen dalam satu hantaran di Instagram yang mana beliau menegur sesetengah peminat bola sepak tanah air yang masih melontarkan kritikan terhadap pemain meskipun berjaya memenangi aksi pertama pusingan kelayakan kali ini.

Baca Juga:

“Dah menang bersyukur sajalah. Lagi nak bising menuding jari sana-sini menjatuhkan semangat pemain negara sendiri. Semua dah beri segalanya. Keputusan pun alhamdulillah menang.

“Awak nak jadi jurulatih kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa-apa ke? Beri sokongan kepada pasukan negara dan diam lebih baik. Kalau sayang sangat Brendan Gan hubungi dia buat vide macam mat Jkom. Makin lama makin merepek,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis lalu, pasukan negara membuka tirai jaringan menerusi Dion Cools dimana beliau menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil Arif Aiman.

Berpunca daripada dua percubaan awal yang gagal diselamatkan daripada kawasan bahaya memberikan ruang buat Kayrat Zhyrgalbek Uulu untuk menyamakan kembali kedudukan.

TMJ
Sumber Gambar: FAM

Kyrgyzstan berjaya mendapatkan jaringan pendahuluan berselang dua minit kemudian menerusi percubaan dalam kawasan penalti oleh Ernist Batyrkanov yang gagal diselamatkan Syihan.

Pasukan lawan sekali lagi menghukun pasukan negara apabila pemain gantian, Kai Merk menyudahkan peluang terhidang menjadikan kedudukan 3-1 memihak lawan pada minit ke-57.

Titik kebangkitan Malaysia dimulakan oleh Arif dimana beliau membuat hantaran lintang yang cuba dihalang oleh Christian Brauzman menyebabkan pemain itu tertampan bola ke gawangya sendiri pada minit ke-72.

Berpunca daripada situasi sepakan penjuru yang diambil Arif membolehkan Cools melonjak tinggi lalu memadamkan terus kelebihan dimiliki pasukan pelawat.

Faisal Halim muncul wira buat skuad negara ketika aksi memasuki minit ke-93 selepas rembatannya dalam kawasan penalti setelah menerima lorongan Arif menghadiahkan kemenangan dramatik buat Malaysia.