Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meluahkan pandangannya mengenai pasukan Selangor yang telah layak ke saingan AFC Champions League (ACL 2) musim 2024/25.
Menurut kenyataannya di ruang komen laman instagram oficialjohor, TMJ berkata JDT tidak pernah tewas kepada Selangor sejak diambil alih oleh pengurusan baharu selama 8 tahun.
Baca Juga:
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
“4-0 di laman sendiri, 4-0 di tempat lawan, 2-0 di laman sendiri. Agregat keseluruhan 10-0. Kali terakhir JDT kalah dengan Selangor ketika zaman Dato’ Subahan.
“Semenjak kroni FC ambil alih, JDT tak pernah kalah selama 8 tahun dengan Selangor baru. 46 juta setahun kerajaan beri sokongan dan masih gagal selama 8 tahun,” tulis TMJ.
Malah, TMJ turut berpendapat kemaraan Selangor dalam saingan ACL 2 musim ini adalah hasil sumbangan JDT dari segi mata ranking MA AFC.
“Main ACL 2 pun dengan bantuan JDT punya mata sumbangan. Dan masih berhalusinasi dan tak boleh terima hakikat.
“Hentam pengurusan lama tetapi sebut kejayaan mereka. Syabas kepada semua Presiden Selangor FA yang berjaya dan mencipta sejarah buat Selangor,” tambah TMJ.
Berdasarkan rekod, JDT merupakan pasukan yang paling banyak menyumbang mata ranking MA AFC sejak konsisten beraksi dalam kejohanan peringkat Asia selama 8 tahun.
Hasil pengumpulan jumlah mata itu, Malaysia berjaya memperolehi satu slot ke AFC Champions League Elite (ACLE), dan satu slot ke AFC Champions League 2 (ACL 2).