Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam proses naik taraf padang yang digunakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan menggunakan rumput jenis Hybrid.

Pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim  (TMJ) sempat melawat stadium berkenaan untuk memeriksa kerja-kerja pemasangan padang itu.

Baca Juga:

Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.

Menurut kenyataan rasmi, padang Hybrid di Larkin merupakan campuran rumput tiruan dan empat jenis benih rumput yang diberi nama ‘JDT Blend’.

“Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua kemudahan fasiliti JDT yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim,” kata kenyataan rasmi JST.

Beberapa buah stadium di Asia juga sudah mula beralih daripada menggunakan rumput asli kepada ‘hybrid grass’ iaitu satu teknologi baharu yang sudah mula mendapat perhatian di seluruh dunia.

Padang jenis Hybrid ini adalah gabungan penggunaan rumput asli dan juga rumput sintetik pada kadar ratio yang sama untuk memaksimakan kelebihan masing-masing.

Rumput jenis ini juga sebenarnya dikenali dengan banyak nama seperti Xtragrass atau pun ‘Reinforce Natural Grass’ dan telah banyak digunakan di negara-negara eropah.

Untuk melihat lebih jelas bagaimana struktur Hybrid Grass ini ditanam, dengan merujuk gambaran keratan rentas struktur padang dibawah, kita dapat perhatikan bahawa rumput asli ditanam secara berselang-seli dengan rumput sintetik.

Apabila rumput asli telah matang, akarnya akan terus berkembang dan memegang struktur rumput sintetik yang ditanam pada kedalaman sekitar 20cm dari paras tanah. Jarak diantara rumput sintetik ini pula dianggarkan sekitar 2cm setiap satu.

Disamping dapat mengelakkan lagi rumput asli tercabut dengan mudah ia juga mampu untuk mencengkam tanah lebih kuat serta menghalang tanah dari tercabut dan merosakkan permukaan padang.

Walaupun mungkin kos pemasangan yang terlibat agak mahal tetapi ia memiliki ketahanan tinggi serta menjimatkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.