Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mencabar Selangor FC (SFC) memecahkan rekod yang dilakukan pasukan itu khususnya selepas menamatkan saingan Liga Super tanpa kalah.
Musim ini, JDT melakar sejarah baharu apabila muncul pasukan pertama di Malaysia meraih ‘double invicible quadruple’ dan menjuarai Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Piala FA.
Baca Juga:
- Ini Kata-Kata ‘Padu’ TMJ Yang Buat Bulu Roma Meremang
- TMJ Pertimbang Melabur Dalam Bola Sepak Jepun
- Ini Komen TMJ Selepas Periksa Sendiri Padang SNBJ
Skuad Harimau Selatan juga melakar rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super pada musim 2016, 2020, 2022 dan 2023
“Tolonglah break record ini. President FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) orang Selangor, Exco majority termasuk Datuk Shahril orang Selangor dan dalam FAS (Persatuan Bolasepak Selangor),
“Head of Referee Dato Sundra orang Selangor, CEO MFL (Liga Bolasepak Malaysia) Dato Stuart orang Selangor. Raja Muda Selangor 45 juta setahun Kerajaan Selangor bantu dah 8 tahun masih tiada piala.
“Qualified Asia tournament pun kerana JDT menang semua Piala. Kalau tak, tak merasa,” tulis TMJ menerusi laman instagram.
TMJ turut menasihatkan sesetengah pihak supaya hanya fokus kepada pasukan sendiri dan tidak lagi membuat sebarang perbandingan memandangkan skuad Harimau Selatan sudah berada di kelas tersendiri.
“Kami dah terlampau jauh dengan record record yang kami pecahkan dan mencipta record yang baru. Ingatlah wakai sahabatku, ALLAH sentiasa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar.
“Rezeki yang dikurniakan ini bukan secara kebetulan/accident tetapi telah dirancang oleh yang Maha Esa. When you have good intention, you are always Blessed,” katanya.