Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Idris atau TMJ anggap pelantikan Hariss Harun sebagai naib presiden FAS (FA Singapura) yang baharu sebagai pilihan yang sangat tepat.
Hariss Harun diumumkan sebagai naib presiden FAS yang baharu.
Hariss Harun menjadi muka baharu dalam FAS yang dipimpin oleh presiden Forest Li untuk penggal 2025 sehingga 2029.
TMJ puji Hariss Harun profesional sejati
TMJ akui gembira melihat bekas pemain JDT itu menjadi naib Presiden FAS yang baharu.
Ini kerana Harris Harun dianggap seorang yang sangat profesor dan juga seorang insan yang sangat baik.
Pada masa yang sama TMJ berharap suatu hari nanti akan ada bekas pemain yang menerajui kepimpinan FAM pula.
“Keputusan terbaik dan selayaknya. Seorang profesional sejati dan insan yang sangat hebat.
“Dengan harapan suatu hari nanti bekas pemain bola sepak Malaysia akan menerajui FAM. InshaAllah,” tulis TMJ di Instagram story.
TMJ masih lagi dalam mood keraian triple treble bersama JDT yang turut memenangi Piala Sumbangsih musim ini.
JDT menamatkan musim dengan menyapu bersih semua piala domestik sekali lagi.