Sempena cuti perayaan Hari Deepavali ini, tol percuma diberikan selama dua hari bermula 29 Oktober dan 30 Oktober 2024.

Memetik hantaran Facebook Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, tol percuma ini diberikan kepada pengguna lebuh raya kenderaan persendirian kelas 1 sahaja dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

Pemberian tol percuma selama dua hari bermula pada jam 12.01 tengah malam, 29 Oktober 2024 (Selasa) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 30 Oktober 2024 (Rabu).

Tol percuma di seluruh plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara; Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.

Tol Percuma 29 & 30 Oktober Sempena Deepavali
Sumber Gambar: Facebook Alexander Nanta Linggi

“Semoga berita ini dapat menambah kegembiraan anda semua serta membolehkan kesemua rakyat Malaysia berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu untuk menyambut dan meraikan perayaan Hari Deepavali 2024 dalam suasana gembira, harmoni dan saling hormat-menghormati.

“Selamat Menyambut Perayaan Deepavali, Iniya Deepavali Nal Valthukal,” petik hantaran Facebook Menteri Kerja Raya.