Sempena perayaan Krismas pada Rabu ini, tol percuma akan diberikan mulai jam 12.01 tengah malam 23 Disember 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa) kepada semua kenderaan persendirian Kelas 1.
Tol percuma itu dikecualikan di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
Baca Juga:
- Tol Percuma 29 & 30 Oktober Sempena Deepavali
- Kerajaan Beri Dua Hari Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri
- Kerajaan Umum Tol Percuma Selama Dua Hari Sempena Krismas
“Implikasi kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta.
“Semua pengguna lebuh raya diharap dapat memanfaatkan pemberian pengecualian tol percuma sempena perayaan Krismas itu dengan sebaiknya. Pengguna juga diminta merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa musim cuti,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi.
Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemaskini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), X (@LLMtrafik) dan TikTok (@llmtrafik).
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mengetahui keadaan trafik terkini atau mendapatkan bantuan.