Walaupun Malaysia sebuah negara mesra pelancong, namun ia juga menjadi ‘lubuk’ untuk peminta sedekah mendapatkan wang secara mudah.
Baru-baru ini seorang pelancong dikenali sebagai Solomon berkongsi pengalamannya berhadapan dengan aktiviti ‘scam‘ oleh seorang wanita dipercayai berketurunan Arab.
Baca Juga:
- ‘Saya Bersumpah Tak Terima Duit, Saya Mangsa Fitnah Scammer’ – Aman Graseka
- Didakwa Scam Duit Orang, Warga Emas Cuba Larikan Diri Selepas Diminta Pulangkan RM9,000
- Lelaki Ini Pukul Sami, Rasa Kena ‘Scam’ Selepas Nombor Ekor 4D Tak Kena
Menerusi video TikTok dimuat naik Solomon, seorang wanita mengendong bayi menghampirinya untuk meminta bantuan.
@travelingsolovlogs Beware Of Scammers In Kuala Lumpur, Malaysia 🇲🇾 #malaysia #kualalumpur #scammer #scammers
Apabila Solomon menyerahkan makanan yang ada di tangannya, wanita tersebut menolaknya. Kemudian berlalu pergi meninggalkan pelancong tersebut.
“Seperti mana anda semua lihat, saya sudah tawarkan makanan. Tetapi dia menolaknya. Sebenarnya saya nampak dia bersama dengan satu kumpulan yang lain juga.
“Saya mahu jujur dengan anda semua dan mahu anda tahu bahawa terdapat scammer di sini. Saya pernah nampak mereka di Bukit Bintang.
“Saya mahu membuat video positif tetapi pada masa sama saya mahu kongsikan realiti kepada anda semua yang mereka akan berjalan-jalan di kawasan terbuka dan meminta duit daripada orang ramai,” kata Solomon.
Menurut Solomon, kebanyakkan sindiket ini menggunakan modus operandi mencari pelancong untuk mendapatkan wang dengan lebih mudah.
Dalam pada itu warganet berkata mereka juga pernah bertemu dengan wanita tersebut di beberapa tempat lain.
Mereka (peminta sedekah) akan datang kepada pengunjung bazar ramadan dan mereka-reka pelbagai cerita untuk meraih simpati daripada ‘mangsa’.
Sehubungan itu, orang ramai meminta agar pengunjung bazar ramadan agar berhati-hati apabila terjumpa dengan mereka.