Seorang wanita bekerja sebagai pelukis tatu tampil mendedahkan dilema dihadapinya apabila ada segelintir mereka yang beragama Islam mahu mencacah tatu.

Dia berkata: “Saya ingatkan memang Muslim tak boleh bertatu. Lagipun tatu akan bersama kamu sampai kamu mati,” tegasnya.

Dia akui tersepit di antara nak buat untung atau memikirkan soal haram seorang muslim bertatu.

Lagipun menurutnya, tatu adalah sesuatu yang akan kekal pada kulit seseorang itu sampai bila bila.

Dia berkata: “Ramai orang Muslim datang bertaaya, sama ada saya boleh tatu mereka atau tidak.

“Ianya menyusahkan saya, sebab saya nak untung tetapi tidak boleh melakukannya.

“Saya hanya boleh cakap, maaflah, kalau kamu belum ada tatu lagi, saya tak boleh buat, sebab ini memang perkara yang haram.

“Tetapi, misalannya, kamu dah ada tatu, nak tutup tatu tersebut atau nak tambah lagi, itu okaylah, sebab kulit kamu memang dah kotor. Dan tiada pilihan,

“Namun jika sekarang kamu bersih daripada tatu, janganlah buat. Sebab ini akan bersama kamu sepanjang hayat kamu.”

@leishiadelaide

Aku nak buat jugak xpi xleh 🥲 #malaysia #CapCut #fyp #foryou #malaysiatiktok

♬ 原声 – comeladelaide – comeladelaide

Ramai menghargai keprihatinan wanita tersebut. Ada yang menawarkan diri untuk belanja dia makan: “Sebab nak sokong perniagaan kamu, saya tak boleh.”

Tolak Soal Untung, Wanita Cina Ini Tegas Tolak Buat Tatu Untuk Pelanggan Muslim: 'Sebab Itu Haram Di Sisi Agama Islam'