Baru-baru ini, kemelut rumah tangga influencer dan usahawan, Hajar Hanif menjadi bualan ramai apabila Hajar mendedahkan suaminya Mikhail Issaq telah curang sekaligus jatuh lafaz taklik cerai talak tiga.
Difahamkan, Mikhail pernah melafazkan taklik selepas kantoi pada awal perkahwinan mereka dan jika didapati dia masih kantoi curang serta bermesra dengan perempuan lain maka serta merta jatuh talak tiga.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Susulan pendedahan Hajar akan kecurangan Mikhail, dalam satu kenyataan di Instagramnya, dia akui penat melayan sikap suaminya yang narcisist serta pandai memanipulasi dalam kemelut rumah tangga mereka.
“Fighting with narcissists dan manipulator sangat memenatkan. Lepas itu, dia cakap apa pun saya susah nak faham. Pening baca belit sana sini, suruh test DNA pula dah. Sah sah la DNA dia.
“Tolong bagitahu dia hukum hakam sikit tentang taklik. Kemudian, tuduh saya ada hubungan sulit dengan lelaki lain pula. Dia cukup tak suka saya dibantu Am. Tak tahu kenapa. Ibu saya dan adik beradik sentiasa dengan saya di sini teman saya.” tulis Hajar.
Menurut Hajar, dia sedang mempersiapkan mentalnya kerana dia dakwa Mikhail sanggup menggunakan nama Allah demi mempertahankan dirinya biarpun terpaksa bermain kotor.
Tambahnya, dia berasa jijik dengan perbuatan terkutuk Mikhail dibelakangnya selama tujuh tahun ini.