Tular satu klip video seorang dewasa dan dua kanak-kanak membuat persembahan silat di perkarangan Masjid Nabawi.
Kelihatan seorang wanita sedang merekod persembahan dengan meletakkan sebatang stand berhampiran mereka. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan negara asal mereka.
Baca Juga:
- ‘Tarik Tangan Dan Rampas Wang’ – Netizen Terkejut Wujud ‘Penjual’ Seperti Ini Di Madinah
- Tindakan Wartawan Israel Masuk Ke Mekah Tuai Kecaman Ke Atas Kerajaan Arab Saudi
Video itu dirakam oleh warga luar negara yang berada situ dan dimuat naik di TikTok pada Disember tahun lalu.
Kecoh!
Datang jauh ke Madinah, tiba-tiba tunjuk tari silat di perkarangan Masjid Nabawi.
Saya masih ingat awal-awal saya saya sampai Madinah, 2019. Ada orang lokal yang agak skeptikal dengan orang Malaysia, saya pelik juga. Biasanya kita dipandang dengan pandangan yang baik.… pic.twitter.com/l26dQS4DNf
— Muneeb (@MuneebMy_) January 24, 2024
Perkara itu telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen yang berasa sangat biadap membuat persembahan silat di Masjid Nabawi, salah satu kota suci di dunia.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan pada video tersebut, ramai warganet dari luar negara berasa sangat sedih apabila tempat ibadah yang sepatutnya digunakan untuk mengejar pahala, kini disalahgunakan menjadi ‘tempat membuat konten’.
Telah menceritakan kepada kami ‘Alī bin ‘Abdullāh berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Al Ju’aid bin ‘Abdurrahmān berkata, telah menceritakan kepadaku Yazīd bin Khushaifah dari As Sa’ib bin Yazīd berkata,
“Pernah suatu… pic.twitter.com/rKn4Qlxkbm
— Juruteknik Proses Mdشوال (@mdsyaha) January 24, 2024
Dalam pada itu, ada netizen membandingkan situasi itu dengan Khabib Nurmagomedov.
“Tak ada pula Khabib dan rakan-rakan datang tunjuk aksi MMA dekat situ,” ujar netizen.