Minggu lalu merupakan minggu yang mengecewakan peminat setiap Marvel selepas berita berkenaan watak Spider-Man akan
meninggalkan MCU menjadi perbincangan hangat di media sosial.
Ketika ini sedang berlangsungnya expo D23 oleh Disney dan tuan punya badan sendiri, Tom Holland turut hadir ke expo ini. Namun, Tom tidak bercakap banyak tentang isu ini; mungkin beliau sudah dinasihati awal-awal kerana Tom sebelum ini gemar ‘terlepas cakap’ perkara yang sepatutnya rahsia.
“Ianya 5 tahun yang menarik bagi saya. Untuk masa depan, siapa sahaja yang tahu? Tetapi saya akan terus memainkan watak Spider-Man. Ianya akan fun, dan masa depan Spider-Man mungkin akan berbeza, tetapi ianya pastinya akan jadi lebih hebat,” kata Tom.
Tom Holland: “It's been a crazy week but I want you to know I love you all from the bottom of my heart. I love you 3000." #D23Expo #D23 pic.twitter.com/N1ZWxQAX7e
— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) August 24, 2019
Namun, menurut penerangan oleh Looper, Spider-Man mungkin akan muncul dalam ‘6 filem baharu’ dan satu filem lagi secara optional. Filem ke-5 dan ke-6 dalam perjanjian ini boleh jadi merupakan karya Avengers yang akan datang.
Kevin Feige juga dilaporkan telah ‘dipecat’ daripada terus menjadi producer untuk filem Spider-Man selepas ini. Namun, semuanya kembali ke meja rundingan minggu ini dan harapnya, satu persetujuan baharu dapat dicapai.
Bercakap tentang Spider-Man, ini pula beberapa artikel yang berkaitan dengan rancangan akan datang Disney dan Marvel Studios
Marvel Studios Perkenalkan 3 Watak Baharu Yang Bakal Sertai MCU
Pelan ‘MCU Phase 5’ Tertiris, Avengers 5 Mungkin Ditayangkan Pada 2024
Ini Tarikh Rasmi 8 Filem MCU Yang Disahkan Disney Menjelang 2022