Pemain tengah berpengaruh, Toni Kroos mengesahkan bahawa beliau bakal keluar daripada persaraan untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan Jerman.

Lebih menarik, Jerman bakal menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Euro 2024 bermula 14 Jun hingga 14 Julai nanti.

Baca Juga:

Pengesahan mengenai kembalinya Kroos itu dibuat oleh pemain tersebut dalam kenyataan dikeluarkan di laman Instagram peribadi milik beliau.

“Hai semua, saya akan bermain lagi untuk pasukan Jerman pada bulan Mac. Kenapa? Kerana saya telah diminta oleh ketua jurulatih [untuk kembali].”

“Saya berada dalam mood yang baik dan yakin dengan pasukan ini dalam Kejohanan Eropah 2024, lebih yakin berbanding kebanyakkan orang yang percaya pada ketika ini.”

“Julian (Nagelsmann) menghubungi saya dan bertanya adakah saya dapat membayangkannya, yang tidak ada dalam fikirkan saya pada saat itu.”

“Kami bersetuju dan saya akan membawa idea itu bersama saya dan melihat apa yang akan berlaku. Saya sudah memikirkan tentang perkara itu.”

“Itulah sebabnya saya ingin mengambil keputusan pada waktu yang tepat agar tidak membuat sesiapapun menunggu. Saya sangat gembira dengan keputusan ini.”

“Saya mengambil sedikit masa untuk memastikannya. Sudah tentu saya mahu membantu pasukan ini. Tetapi saya juga bukanlah seorang penyelamat.”

“Saya hanya penggerak yang menyatukan orang lain agar ia dapat memberikan hasil terbaik. Saya kenal barisan pemain-pemain, kesemua mereka mempunyai kualiti hebat.”

“Kini tiba masanya untuk menunjukkan bahawa sebagai satu pasukan saya masih berasa baik dan bersedia secara fizikal untuk melakukannya tanpa sebarang masalah.”

“Hakikat bahawa saya diperlukan untuk kejohanan di negara saya adalah satu bonus,” tambah Toni Kroos lagi.