Yes! Akhirnya Sony Pictures memperlihatkan juga trailer rasmi pertama untuk Spider-Man: Far From Home. Paling menarik tentang trailer ini adalah pemilihan lagu kumpulan The Ramones sebagai lagu latar serta adegan hebat yang akan ada dalam filem ini.

Nick Fury juga turut membuat kemunculan dalam trailer ini dan apakah peranan Nick Fury dalam filem sekuel ini nanti? Trailer ini juga turut memperlihatkan villains yang akan muncul dalam Far From Home. Di pihak manakah Mysterio akan berada nanti?

Enjoy trailer ini dahulu. Spider-Man: Far From Home akan berada di pawagam 5 Julai 2019.