Nampaknya projek yang sudah lama diusahakan Mercedes-AMG untuk menghasilkan sebuah kereta F1-hypercar melalui model terbaru ini. Model kereta F1 ini direka buat mereka yang mahukan pengalaman seolah memandu sebuah kereta Formula 1 namun diatas jalan raya.

Model ini hadir dengan 1050 kuasa kuda serta mampu memecut 0 sehingga 124 mph dalam jangka masa 6 saat sahaja iaitu 0.5 saat lebih pantas daripada Buggati Chiron. Sebanyak 275 unit kereta bakal ditawarkan Mercedes-AMG dan bakal mula ditawarkan buat para pengguna seawal 2020. Model ini boleh ditempah dengan harga sekitar £2 juta (RM10.65 juta).