Sesuatu yang baru dapat kita lihat di dalam landskap politik negara kita apabila MACC baru-baru ini telah menjalankan siasatan serta mengeluarkan senarai gaji para menteri di Malaysia.
Menariknya, gaji yang diumumkan ini turut membuka mata ramai apabila terdapat para menteri yang menerima gaji yang lebih tinggi daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Berikut merupakan senarai sepuluh menteri bersama pasangan yang menerima pendapatan bulanan tertinggi mengikut kepada data daripada MACC.
1. YB Lim Guan Eng (RM86,464.92)

2. YB Baru Bian (RM83,736.48)

3. Datuk Seri Saifuddin Nasution (RM77,629.68)

4. Tun Dr Mahathir Mohamad (RM75,861.57)

5. YB Chow Kon Yeow (RM73,576.15)

6. Tan Sri Muhyiddin Yassin (RM72,276.37)

7. Dato’ Seri Azmin Ali (RM 69,186.48)

8. YB Teresa Kok Suh Sim (RM68,142.66)

9. YB Mohammadin Ketapi (RM67,483.43)

10. YB Wong Kah Woh (RM66,070.67)

Difahamkan penerimaan pendapatan yang tinggi ini adalah berdasarkan jumlah elaun yang diterima serta beberapa jawatan yang turut disandang bersama.
Berdasarkan komen para netizen, ramai yang mengeluarkan pelbagai pendapat sama ada gaji yang diterima releven ataupun tidak berdasarkan umur, pangkat serta hasil kerja yang dibuat sepanjang memegang jawatan.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah gaji yang diterima bersesuaian dan berbaloi berdasarkan tanggungjawab yang digalas?