Baru-baru ini Toyota telah menghentikan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik ‘e-Palette’ serta-merta setelah bas elektrik yang membawa atlet dan kakitangan di sekitar Village Olympic telah bertembung dengan atlet Jepun yang cacat penglihatan pada hari Khamis lalu.

Menurut laman web Forbes, e-Palette baru saja meninggalkan perhentian bas di Village Olympic dan bergerak pada kelajuan 1-2km/j ketika bertembung dengan atlet judo cacat penglihatan, Arimitsu Kitazono. Kesan perlanggaran tersebut atlet itu mengalami kecederaan pada kaki dan tangannya.

Laporan mengenai kejadian tersebut menyatakan kemalangan melibatkan kenderaan autonomi itu merupakan pertama kali berlaku di Jepun. Difahamkan atlet itu cuba melintas di persimpangan jalan dan secara tidak sengaja dia berjalan ke sisi jalan semasa bas elektrik tersebut baru mula bergerak.

Setelah menjalani rawatan perubatan di klinik setempat, atlet itu boleh berjalan kembali seperti biasa ke tempat penginapan mereka tetapi terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanannya pada hari Sabtu semalam.

vocket-toyota-e-palette-langgar-atlet-paralimpik-1
Akio Toyoda memperkenalkan e-palatte | Sumber Gambar: Bangkok Post

“Ini menunjukkan bahawa kenderaan autonomi masih belum realistik untuk jalan biasa. Kami ingin memohon maaf kepada atlet yang tercedera akibat kemalangan ini dan berharap dia cepat sembuh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Akio Toyoda.

Pihak Toyota bekerjasama dengan polis untuk mencari punca sebenar kemalangan tersebut dan pada masa yang sama juga akan melancarkan siasatan persendirian.

Sementara itu anda boleh baca lagi kisah-kisah yang berlaku di seluruh dunia sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

‘Joe Ferrari’ Serah Diri Setelah Video Seksa Suspek Dadah Sampai Mati Tular

‘Anda Akan Menyesal’ – Dihukum Mati, Ketua Yakuza Beri Amaran Kepada Hakim Mahkamah

Hanya Didiami Wanita, Penduduk Kampung Di Brazil Jemput Lelaki Untuk Cari Jodoh

Sumber