Tidak lama lagi, Aidilfitri bakal menjelang tiba tetapi disebabkan penularan wabak pandemik COVID-19, kita masih perlu beraya dengan norma baharu. Bukan itu sahaja, ada beberapa negeri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terbaharu, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah berkongsi gambar trafik sesak sepanjang 1.3km sebelum Plaza Tol Bentong menuju arah ke Kuantan sejak awal pagi tadi.
Perkongsian gambar tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana banyak kenderaan seperti musim perayaan biasa walaupun penularan wabak pandemik masih belum berjaya dibendung sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, para netizen turut juga mendakwa kemungkinan banyak kecemasan berlaku di kampung ataupun mungkin mengambil anak-anak di kampus untuk balik beraya menjadi alasan merentas negeri. Apa pendapat anda akan perkara ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’
Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini
Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, ‘Abang Lori’ Terhibur Lihat Gelagat Altis Dan Bezza