Setiap kali apabila musim Raya bakal tiba, tidak sah rasanya jika tiada iklan raya.

Pada kali ini, Mirinda tampil dengan filem Raya mereka dalam membawa keunikan tersendiri menerusi trailer raya rasmi ‘Abah Saya Uncle Mike’ | Balik Rayaaahhh!

Lebih menarik, treler raya rasmi ini turut menjadi filem yang bakal ditayangkan pada Ogos 2025 nanti!

Kisah Benar Yang Menyentuh Hati

Mirinda

Filem ini mengisahkan kehidupan Mike Tong, seorang lelaki Cina yang mengangkat tiga anak angkat Melayu dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang serta menghormati amalan dan ibadat umat Islam.

Ia bukan sekadar cerita biasa, tetapi satu kisah yang meraikan keindahan persaudaraan dan kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Dalam trailer bertemakan Ramadan dan Raya, kita dapat melihat bagaimana Uncle Mike menghantar anak-anak angkatnya untuk merasai sendiri kemeriahan Hari Raya bersama sahabat Melayu beliau.

Dari situ, mereka memahami lebih mendalam tentang makna sebenar Aidilfitri, bukan sekadar hari kemenangan tetapi juga tentang kasih sayang dan kebersamaan. Malah, menyedarkan orang ramai bahawa perbezaan kaum bukanlah penghalang untuk menyambut perayaan sekaligus menyemarakkan rasa kasih sayang.

Filem ini benar-benar menjiwai semangat kasih sayang dan kebersamaan keluarga. Lebih best kalau anda nikmati filem yang penuh dengan drama ini sambil menikmati produk Mirinda.

Rasanya yang menyegarkan serta digemari rakyat Malaysia selama beberapa dekad ini pastinya menjadi pilihan semasa sambutan perayaan.

Mirinda Riang Raya Bersama-sama

Mirinda

Jenama minuman terkenal, Mirinda, turut memainkan peranan dalam meraikan nilai kebersamaan dalam filem ini.

Menerusi tagline Mirinda Riang Raya Bersama-sama, kempen ini mengetengahkan semangat kesatuan dan keharmonian di mana perbezaan kaum dan budaya bukanlah batu sempadan dalam meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini mendapatkan raya yang sempurna.

Treler untuk Raya kali ini pula meraikan pertemuan semula yang amat bermakna. Tiada yang menyatukan perbezaan seindah kasih sayang.

Kenapa Anda Wajib Tonton?

Mirinda
Screenshot

Untuk pengetahuan anda, trailer raya rasmi ini berjaya menyentuh perasaan ramai ini diinspirasikan daripada kisah benar.

Trailer filem ini juga turut meraikan perpaduan kaum dengan cara yang sangat natural dan relatable.

Elemen kekeluargaan yang ditampilkan berjaya mengingatkan kita akan pentingnya kasih sayang tanpa sempadan.

Tidak kurang juga sinematografi yang cantik beserta elemen budaya Melayu dan Cina yang menarik

Kalau anda tengah cari filem yang boleh buat hati berbunga-bunga dan mungkin juga bergenang air mata, Abah Saya Uncle Mike adalah filem yang anda tak boleh lepaskan!

Jangan lupa untuk tonton trailer raya rasmi dan nantikan filem ini di pawagam Ogos 2025 nanti!

Ayuh semarakkan budaya cintakan perpaduan dan budaya bersama Mirinda!

Menangi e-Duit Raya Sehingga RM260,000 Bersama Mirinda

Mirinda

Bersempena dengan bulan penuh kemuliaan ini, Mirinda mahu jadikan Raya korang lebih istimewa dan meriah dengan pemberian hadiah e-Duit Raya sehingga RM260,000!
Lebih menarik, cara untuk menyertainya juga mudah sahaja.

Anda cuma berbelanja RM15 dan keatas untuk Mirinda dan jenama terpilih dalam satu resit. Para pemenang bakal diumumkan secara mingguan di mana peraduan ini berlangsung bermula sekarang sehingga akhir April. Menarik bukan?

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk korang dapatkan produk Mirinda dan jenama terpilih untuk persiapan berbuka mahupun perayaan dalam berpeluang meraih hadiah lumayan! Ketahui lebih lanjut dengan klik di SINI.