Sebelum ini, kereta Bentley Mulsanne Speed ‘Beluga’ cukup untuk imej boss anda. Tetapi bagaimana jika anda nak kereta yang lebih ‘nakal’? Ini trak bad-ass untuk anda.
SHERP ATV buatan Russia ini berharga USD49 ribu(lebih kurang RM202 ribu). Trak ini boleh memanjat sebarang halangan dengan mudah, setinggi 27.5 inci, boleh berenang dalam paya dan sangat tahan lasak.
SHERP dicipta oleh Alexei Garagashyan. Ianya tidak mempunyai kelajuan yang tinggi tetapi cukup untuk membuat orang ramai terpukau dengan reka bentuknya. Setakat ini, inilah kenderaan paling ‘The Boss’ pernah kami lihat. Apa pendapat anda?
P/S : Jika berlaku serangan zombie, inilah kenderaan paling selamat untuk dipandu.