Ramai rakyat Malaysia yang telah sampai ke Korea Selatan sama ada untuk melancong atau atas urusan perniagaan.
Tapi bagaimana dengan Korea Utara? Perkara pertama yang muncul pastilah tentang komunisma di negara tersebut, kemudian tentera nya yang berarak dengan muka serius, dan pastinya presiden negara itu yang masih muda kerana mewarisi tampuk pemerintahan bapanya.
Kali ini kami ingin kongsikan sudut pandang dari lensa seorang jurugambar bernama Aram Pan yang telah 3 kali berkunjung ke negara itu melalui projek DPRK360, iaitu satu projek untuk mendedahkan cara hidup seharian masyarakat Korea Utara dibawah pemerintahan komunis.
Jika selama ini kita banyak didedahkan dengan propaganda tentang cara pemerintahan tentera dan kuku besi oleh pemerintah Korea Utara, mungkin ini akan buat anda berfikir sebaliknya.
Rumah di kawasan pergunungan, Daerah Kujang
Mount Kumgang. Tak kalah dari segi pemandangan cantik di musim luruh
Mount Kumgang, di sudut lain
Nampak menarik di sini. Wonsan City, Korea Utara.
Anak tangga menuju Lake Samilpori, Kangwon-Do. Pastikan bunga di tapak kasut dalam keadaan baik jika ke sini
Lake Samilpori, Kangwon-Do, Korea Utara
Nampak jambatan gantung? Cantik pemandangan di sini
“Chongun Rock”. Menurut Pam, lembah di Chongun Rock ini adalah sempadan antara Korea Utara dan negara China. Beliau sangkakan akan melihat pagar kawat berduri dan tentera yang berjaga di sini. Nampaknya tanggapan meleset. Tiada seorang pun tentera yang berkawal di sempadan ini di sepanjang jalan
Samjiyon Grand Monument
Jangan keliru. Ini bukan Paris, tapi Arc of Triumph di Korea Utara. Ia dibina sempena memperingati pembebasan Korea dari jajahan Jepun
Tower of Juche Idea
Tugu di Victorious Fatherland Liberation War Museum
Tugu peringatan di Chongsan-ri Cooperative Farm
Mereka juga masih memelihara binaan lama seperti ini
Arch of Reunification. Tugu harapan agar Korea Utara dan Korea Selatan kembali bersatu sebagai sebuah negara Korea di abadikan di sini
Mansudae Grand Monument
Pyongyang di waktu malam
Antara seni bina bangunan di Prongyang, Korea Utara
Ada jugak roiller coaster dan funfair di Kore Utara rupanya
Orang ramai menuju ke stesyen keretapi bawah tanah. Pyongyang Metro
Iklan tidak dibenarkan di Korea Utara
Sebab tu tiada iklan penyeri di dinding. Semuanya kosong, kosong, kosong
Nampak klasik pula Pyongyang Metro. Ditambah dengan fesyen pakaian rakyat Korea Utara. Seolah-olah kita kembali ke zaman 60-an
Tak kalah dari segi sini bina di Pyongyang Metro
Korea Utara tak lah semaju Korea Selatan. Tapi ada juga keretapi elektrik di sini
Basikal di mana-mana
Peramah juga rakyat Korea Utara
Meraikan pengantin baru
Ini pula adalah pertunjukan fesyen di sana
Rombongan tadika ke taman. Sama seperti aktiviti sekolah tadika di negara lain
Pelajar universiti mereka pakai baju putih bila ke kelas
Lepas kerja, tunggu bas dan keretapi. Ini adalah ‘peak hour’
Lelaki Korea Utara, perasan sesuatu tak?
Selain dari berwajah original dan tiada pembedahan plastik, lelaki Korea Utara tak kalah dari segi romantiknya
Kebanyakan yang berjalan dengan paangan akan tolong bawakan beg tangan pasangan mereka. Gentleman sungguh!
Polis wanita mereka. Juga wajah original
Nampak tak? Tu, di sana tu. Van kuning DHL
Handphone di mana-mana
Lepak di taman
Dan berlatih taekwando
Nampak moden pula di sini
Askar mereka juga peramah. Menurut Aram Pan tentera ini ikut dia naik bas semata-mata kerana nak tahu lebih lanjut tentang 360. Nampak mat saleh kat kerusi depan tu? Sah itu adalah pelancong!
Nilai murni tetap ada disebalik pemerintahan komunis yang di amalkan
Waktu balik kerja
Ha! Pizza pun ada tau di Korea Utara!
Sumber : dprk360.com
Melancong ke Korea Utara kini bukan lagi mustahil. Anda boleh membuat tempahan untuk pemandu pelancong melalui DPRK Tourism.com.my. Malaysia juga mempunyai pejabat konsulat di Korea Utara.
Like page TheVocket di facebook.