“Follow me and I’ll show you New Zealand” – Peter R.
Artikel tentang pengembaraan di New Zealand ini telah dikongsikan oleh Peter R di blog bucketlistly.com. Peter meluangkan masa selama 5 minggu untuk menjelajah Pulau Utara dan Pulau Selatan di New Zealand.
Bermula pada 21 Oktober 2014, Peter menjejakkan kaki di Auckland dan meneruskan langkah mengembara di 2 pulau di New Zealand ini, mendaki gunung sambil menikmati pemandangan menarik, hiking di glasier, terjun dari ketinggian 15,000 kaki dan bertemu orang asing yang akhirnya menjadi sahabat.
Menurut Peter, beliau sengaja mengambil gambar membelakangkan kamera kerana ia menggambarkan seolah-olah anda sedang mengikut beliau mengembara bersama di New Zealand. Ia juga menjadikan gambar-gambar tersebut kelihatan tidak terlalu peribadi dan lebih hidup apabila manusia bersatu dengan alam di dalam setiap gambar.
Jom kita ikut Peter ke New Zealand.
1. Auckland
“Tiba di Auckland di sebelah petang. Dimulakan dengan mendaki Mt Eden”
2. Rotorua
“Wai-O-Tapu, lokasi thermal wonderland semulajadi yang berwarna warni yang saya lihat setakat ini”
“Yang tak bestnya, lepas dah habis menjelajah badan saya berbau semacam. Pernah bau telur busuk? Lebih kurang macam tu lah!”
“Di Red Wood Park ini saya mula sedar New Zealand sebenarnya negara paling best di dunia. Semuanya alam semula jadi – nature, nature and more nature!”
“Just a tiny man among giants”
The Tongariro Alphine Crossing
“Ramai yang cakap Tongariro Crossing adalah lokasi paling best di New Zealand untuk habiskan 1 hari berjalan. I have to agree”
“Saya ada 2 pilihan laluan – berjalan selama 6 jam melalui jalan biasa atau pilihan ke 2 mendaki Mt Doom selama 8 jam. Mestilah pilih yang ke 2 sebab saya bukannya boleh tinggal kat sini selama-lamanya. ”
“Inilah saya di crater of Mt Doom (Mt Ngauruhoe). Tak de iras-iras Lord Of The Rings okey :)”
“Memang berbaloi pilih jalan jauh yang lebih susah, terutama bila cuaca bagus macam ni. Boleh nampak sampai ke hujung”
” If there is a place for me to hang my foot down the abyss, I would go for it, every single time!”
“Tasik Emerald yang tak femes”
“Warna tasik dan sungai di New Zealand memang amazing”
Pickton
“Kia Ora! Selamat datang ke South Island. Lepas sehari di Wellington, saya naik Interisland Cruise dan tiba di pintu masuk South Island – Pickton”
“Saya luangkan masa 3 jam untuk berjalan di Snout track dan tiba di Snout head dengan disambut pemandangan indah di Queen Charlotte Sound”
“Saujana mata memandang”
“Cuaca yang baik di waktu pagi dengan matahari memancar terang, tengahari mendung pulak. Cuaca sentiasa tak menentu di New Zealand”
Nelson
“Dapatkan rehat secukupnya di Nelson. Saya cuba untuk minum kpi dan makan di seberapa banyak cafe di sini”
Motueka
“Kapal karam Janie Seddon di teluk berhampiran Motueka”
“Limpahan cahaya dari Nelson dan bintang di langit menyinari rangka kapal”
Abel Tasman
“1 hari diluangkan untuk berjalan di sepanjang pantai Abel Tasman ; dari Torrent Bay hingga ke Onetahuti Bay”
“Laluan trek yang agak mudah dengan view yang cantik”
“Saya masih terkenang hingga kini akan keindahan tasik di sini. How could it be so vibrant?”
“So macam ni lah rupa pantai yang tidak di komersialkan untuk pelancongan? Sebagai seorang yang datang dari Thailand, ini sesuatu yang baru bagi saya (pantainya sangat bersih)”
“Semua bekalan untuk 1 hari ada dalam beg tu”
Westport
“Ini adalah Cape Fouldwind dan sewaktu singgah sekejap di sini saya benar-benar faham kenapa ia dinamakan begitu”
“Berbasikal selama 1 jam dalam hujan dan melawan arah angin memang bukan kerja yang ideal, tapi view yang saya dapat memang berbaloi”
“Spot untuk makan tengahari dengan view yang menyelerakan”
Franz Josef
“Teroka dulu kawasan hutan di Franz Joseff sebelum mendaki ais esok”
“Banjaran selatan akhirnya hanya selangkah saja lagi”
“Pendakian ais dibatalkan kerana angin yang kuat. Sebagai ganti, saya berjalan-jalan di sini”
“Berjalan sendirian diwaktu pagi di sepanjang sungai dengan pemandangan gunung ganang bersalji sememangnya sesuatu yang mengasyikkan”
“Apabila semakin hampir ke kawasan glasier, saya mula sedar inilah hasil dari pemanasan global”
“200 tahun lalu, batu yang saya duduk ini mungkin tertanam jauh di dalam salji”
“Bagi peluang untuk cuba lagi mendaki ais keesokan harinya. Hasilnya memang tak mengecewakan”
“Bayangkan jika terperangkap di celah ais yang beratnya bertan-tan dan tak boleh nak patah balik, inilah mimpi buruk namanya. Saya perlu membongkokkan badan sewaktu lalu di celah-celah laluan ais”
Wanaka
“Pemandangan di sepanjang jalan antara Franz Joseff ke Wanaka memang cantik gila. Gunung ganang dan tasik di mana-mana”
“Menikmati indahnya Wanaka di puncak Mt Iron”
“Nampaknya cuaca tak berapa baik”
“Sepohon pokok di tengah tasik”
“It was a perfect day walking around the lake. Tak kira dari arah mana, pemandangan di sini memang awesome”
“Sejam di habiskan untuk berjalan di sepanjang tasik ini, hasilnya saya dapat nikmati pemandangan indah ini”
Ben Lomond, Queenstown
“Angin bertiup kencang sewaktu saya mendaki Ben Lomond, tak jauh dari Queentown. Akhirnya saya berjaya sampai ke puncak dan menikmati pemandangan gunung ganang yang sangat dramatik”
“Yes, ini adalah pada hari yang sama. Beza masa 30 minit saja. Cuaca di New Zealand memang susah nak dijangka”
“Menikmati The Remarkables dan Queenstown dari Ben Lomond. Memang berbaloi-baloi”
Milford Sound
“Dalam perjalanan ke Milforn Sound. Di sini saya mula perasan betapa cantiknya pemandangan dan lanskap di Fiordland ini. Bas yang saya naik bumbungnya adalah kaca, boleh lihat ke atas tanpa gangguan”
“Statistik hujan turun di Milford Sound adalah 200 hari setahun dan sewaktu saya di sana, hujan tak turun!”
“Pemandangan di sini seolah-olah seperti dalam movie King Kong. Semuanya kelihatan besar berbanding saiz badan manusia”
Routeburn Track
“Routeburn track merupakan antara lokasi treking yang menarik di New Zealand. 3 hari diperlukan untuk menjelajah dan menikmati pemandangan indah di Fiordland National Park ini”
“Hentian pertama kami – Lake MacKenzie”
“Hari ke 2 yang agak brutal. Ribut salji melanda dan saya langsung tak nampak apa-apa di sepanjang laluan. Tapi ada juga baiknya, seluruh pergunungan diliputi salji”
“Disebabkan semalam tak nampak apa-apa, saya ambil keputusan untuk bangun awal pagi dan lalui semula trek semalam”
“Memang berbaloi-baloi. Lihatlah apa yang terbantang di depan saya”
“Sewaktu berjalan turun, kami ambil peluang berehat di padang yang lapang ini”
“Kami – adalah saya, Ashley dan adiknya Rachel. Saya berkenalan dengan mereka sewaktu di Rotorua dan kami ambil keputusan untuk sama-sama lakukan aktiviti mendaki di Routeburn.”
Queenstown
“Saya raikan harijadi ke 26 dengan melompat dari ketinggian 15,000 kaki, melihat Queenstown dan The Remarkables dari atas”
“Impian saya untuk skydive di New Zealand akhirnya tercapai juga”
Lake Tekapo
“Warna air di tasik ini sangat menakjubkan hingga pada satu ketika saya rasakan seoalh seperti dalam lukisan”
“Bunga lupin, tasik dan saya”
“Melihat bintang dan indahnya alam di waktu malam di Church of Good Shepperd”
Lake Pukaki
“Berhenti sekejap di Lake Pukaki sewaktu dalam perjalanan ke Mt Cook”
Mt Cook
“Hooker Valley track, 3 jam berjalan di sini membawa saya ke tengah-tengah Mt Cook”
“Salji mula turun sewaktu kami sampai ke penghujung trek. Pemandangan di sini tak perlu di sangkal lagi – memang cantik”
Dunedin
“Pantai yang putih dan bersih yang saya pernah jumpa. Disini saya bertemu buat kali terakhir dengan Ashley dan Rachel”
“Lepas ucapkan selamat tinggal pada Ashley dan Rachel, saya habiskan masa menyendiri di taman botani”
“Akhirnya saya nikmati saat-saat akhir di Dunedin bersama Tulu dan Yvonne, 2 gadis yang saya temui di Lake Taupo. Time well spent with amazing travel people”
“Kami di bawa melawat sekitar Dunedin oleh Scott yang dikenali oleh Tulu dan Yvonne sewaktu hitchhiking. Ini adalah pemandangan sebelum matahari terbenam di St Claire Beach”
“Hari terakhir di New Zealand. Rasa sedikit susah untuk meninggalkan negara ini kerana saya mula terbiasa dengan suasana di sini”
“Saya, Tulu dan Yvonne meraikan saat-saat akhir saya di New Zealand dengan memandu ke Tunnel Beach sebelum saya berangkat pulang”
“5 minggu telah datang dan pergi. Saya berharap kenangan indah ini kekal dalam ingatan saya buat selamanya”
Dan ini pula adalah video dari Peter. Enjoy!
Sumber : Bucketlistly.com
Like page The Vocket di Facebook