Australia merupakan antara negara yang menawarkan pelbagai tarikan seperti Sydney Harbour Bridge, Great Barrier Reef, Fraser Island dan banyak lagi. Akan tetapi, kemasukan ke Australia kini makin ketat berikutan beberapa isu yang terjadi di sana.

Malah, pasti anda pernah mendengar cerita berkenaan rakyat Malaysia yang menginap di Australia lebih lama dan bekerja sebagai pengutip buah secara haram di sana. Berikutan itu, persepsi kepada rakyat Malaysia telah berubah dan menyukarkan rakyat Malaysia lain yang ingin melancong ke Australia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Melalui satu perkongsian pengguna Twitter, Reen telah berkongsi bagaimana dia dan lima lagi rakannya telah dinafikan hak untuk berlepas ke Perth, Australia kerana persepsi buruk yang dibawa oleh Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja secara haram di sana.

https://twitter.com/reenzahari/status/1158609991722397696

Untuk pengetahuan anda, kesemua kelengkapan mereka telah diuruskan daripada segi kelulusan visa, penginapan, dan tiket penerbangan tambang murah. Malah, jika pelancong ingin ke New Zealand dan Australia, akan ada satu lagi pemeriksaan keselamatan di pagar P6.

Paling mengejutkan apabila sampai giliran mereka, pegawai yang bertugas telah meletakkan tanda ‘X’ di bahagian nombor dan menyuruh mereka ke bahagian keselamatan. Kemudian, tiba-tiba seorang profilers datang dan mengambil passport mereka, lalu bertanya berapa wang yang mereka bawa untuk ke sana.

https://twitter.com/reenzahari/status/1158658727693578240

Mereka membawa AUD $350 setiap seorang dan profilers tersebut mengatakan bahawa kos sara hidup di Australia tinggi tidak seperti Malaysia. Malah, profilers tersebut juga tidak mahu melihat jadual perjalanan yang lengkap beserta harga apabila mereka ingin tunjuk.

Setelah itu, mereka telah cuba meminta bantuan pegawai di sana untuk membantu memujuk profilers tersebut agar membolehkan mereka berlepas tapi masih gagal. Kecewa dengan apa yang telah terjadi, mereka telah mengubah haluan percutian ke Krabi.

Isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak di Twitter. Ada yang mengatakan bahawa memang profilers yang ada tegas dan akan bertanya banyak soalan sebelum membolehkan anda boarding.

https://twitter.com/nadiaazlan/status/1158701561733771265?s=21

Kebiasaanya profilers ini akan aim pelancong muda dan solo, tetapi jika pergi bersama keluarga kebiasaanya akan senang lepas. Malah, kena pastikan membawa wang lebih jika ingin ke Australia.

Jika anda akan ke Australia dalam masa terdekat, semoga perkara ini boleh dijadikan iktibar dan anda boleh bersedia secukupnya. Walaupun segala kelengkapan dan visa telah lengkap, tidak semestinya anda boleh lepas untuk terbang ke Australia kerana anda kena lepasi satu lagi ‘saringan’ keselamatan.

Sumber