Selepas menunggu lebih satu tahun, akhirnya Astro Shaw kongsikan treler pendek filem live action yang diadaptasi daripada siri animasi adiwira tempatan, Keluang Man.

Treler pendek rasmi itu ditayangkan khas sempena acara Gempak Most Wanted Award 2024 yang berlangsung pada malam semalam.

Baca Juga:

Dalam masa sama video itu turut dimuat naik menerusi YouTube dan Instagram Astro Shaw.

Walaupun pendek, video berdurasi 30 saat itu ternyata menarik perhatian anak-anak yang lahir pada tahun 1980an hingga 1990an.

Teaser treler itu memaparkan Inspektor Sahab, pegawai polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan di Metrofulus ‘mendedahkan’ siapakah Keluang Man sebenarnya.

Walaupun video itu baru dimuat naik kurang 12 jam, warganet membanjiri di bahagian komen dengan penuh keterujaan apabila animasi legend itu bakal ‘pecah panggung’ menerusi filem live action.

“Layan dari zaman kecil. Akhirnya dapat juga tengok Keluang Man live action” – @kdashh251

“Walaupun teaser saja, saya rasa hype mahu tengok filem itu. Harap ada treler penuh nanti” – @knziejay

“Gila, entah berapa kali repeat play sudah ini. Mahu menangis dengar lagu di intro dia itu” – @berkerjadenganalam3345

“Semoga filem ini akan berjaya dan terkenal,bukan saja dekat Malaysia tapi luar negara juga” – @IROSSONERI-24

Ramai samakan Nas-T dengan Borhan Keluang Man

Dalam pada itu orang ramai perasan cara Nas-T bercakap sama seperti watak Borhan dalam siri animasi Keluang Man.

Beberapa hari sebelum teaser treler dikongsikan, Astro Shaw ada berkongsi satu video pendek di mana Nas-T bercakap seorang diri.

Netizen menyatakan apabila tutup mata sambil menonton video pendek tersebut, mereka dapati suara dan gaya Nas-T mirip dengan Borhan.

Sekaligus ia membuatkan para peminat semakin tidak sabar untuk menonton filem penuh itu nanti.

'Kita Enjoy' – Anak 80an, 90an Teruja Treler Pendek Keluang Man Dah Keluar
Sumber Gambar: YouTube Astro Shaw
'Kita Enjoy' – Anak 80an, 90an Teruja Treler Pendek Keluang Man Dah Keluar
Sumber Gambar: YouTube Astro Shaw

Warganet turut memuji kualiti gambar filem tempatan itu setanding dengan filem-filem dari luar negara.

Filem yang bakal menembusi pawagam pada 29 Mei 2025 akan datang itu turut dibintangi para pelakon terkenal seperti Remy Ishak dan Datuk Rosyam Noor.

Selain filem, warganet turut teruja apabila lagu soundtrack turut dinyanyikan penyanyi asal iaitu Krisya Norsabrina Roslan.

Lagu untuk filem itu telah diberikan nafas baharu di mana Krisya bergabung tenaga dengan band genre post-hardcore, metalcore tempatan, Sekumpulan Orang Gila.