Sudah menjadi satu perkara wajib pula buat para pelajar sekolah yang mahu graduasi diarahkan membayar ratusan ringgit untuk hadiri majlis makan-makan anjuran pihak sekolah di tempat mewah.

Pelakon, Andrea Abdullah kini tampil mempertikai trend yang dibuat sebahagian pihak sekolah di Malaysia untuk menyambut hari graduasi para pelajar di hotel lima bintang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, ibu bapa seolah-olah dipaksa untuk membayar mahal, sekitar RM150 hingga RM200 untuk tujuan berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok @adreaabdul

“Eh apa ini? Kalau RM15 atau RM20 boleh terima lagi tapi RM150, RM200, itu untuk pelajar saja. Kalau ibu nak datang, kena tambah lagi RM150. Kalau dua-dua (ibu bapa) nak datang tambah lagi RM150.

“Jadi kalau anak RM200, ibu bapa dah RM300, dah RM500 tahu? Takkanlah bayar untuk anak saja, keluarga tak datang, nanti apa pula orang kata. Kenapa bapa tak datang? Kenapa mak tak datang? Kasihan budak ini,” katanya menerusi TikTok.

Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun itu turut mempertikai tindakan guru besar yang memilih untuk mengadakan majlis tersebut di mana-mana hotel lima bintang seakan mahu bermegah mengenai sekolah mereka di media sosial.

“Boleh saya katakan perkara ini keputusannya dibuat oleh guru besar sekolah itu sendiri. Jadi, kenapa perlu buat di hotel lima bintang?

“Nak tunjuk yang sekolah kita ini ‘have-have’ dan bermegah-megah di media sosial ke?,” soalnya kepada pihak sekolah.

Adrea menambah, pihak sekolah sepatutnya memikirkan keadaan ibu bapa pelajar yang tidak semuanya mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk meraikan hari graduasi anak mereka.

“Yang pertama, fikir tak yang ibu ayah ini tak semuanya mampu, tak semuanya kerja bagus-bagus.

“Yang kedua, ada ibu bapa yang mempunyai anak ramai jadi komitmen mereka bertambah mana boleh macam itu saja nak keluarkan duit. Kalau anak dia ada lima orang macam mana?

“Ia sama sekali tidak masuk akal kerana bagi saya perkara ini seolah-olah menganiaya ibu ayah itu sendiri,” luahnya lagi.

@adreaabdul

Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil

♬ original sound – Adrea Abdul – Adrea Abdul

Dalam pada itu, Adrea tampil menjelaskan bahawa dia bercakap mengenai perkara itu kerana situasi berkenaan telah pun berlaku kepada adiknya.

Memetik laporan Harian Metro, Adrea juga memaklumkan bahawa perkara ini sering dibincangkan bersama beberapa rakannya yang turut berdepan dengan situasi yang hampir sama.

“Ada keluarga yang banyak hutang akibat Covid-19 sebelum ini. Ada juga yang anak ramai. Jadi, mana mereka nak bayar untuk benda yang nak kena bayar dengan harga ini?

“Beratus-ratus yang tak masuk akal, jadi keluhan yang sangat berat untuk ibu bapa. Macam-macam tekanan yang akan berlaku. Perkara ini tak wajar berlaku pun.

“Zaman kita belajar dulu, hanya buat di sekolah. Elok saja pun, ramai pelajar yang berjaya juga,” katanya lagi.

Pelakon wanita ini juga meminta agar perkara ini dapat dibincang dan dipertimbangkan semula bagi memastikan isu ini tidak berulang kembali.

Sumber