Mulai dilancarkan sekitar dua tahun lalu, lagu Dinda daripada kumpulan Masdo nampaknya terus menjadi siulan para peminat sehingga pada hari ini.
Terbaharu, lagu Dinda dilaporkan telah trending sehingga ke Indonesia berikutan penggunaan lagu ini di Tiktok. Korus lagu ini yang catchy iaitu “Dinda jangan marah-marah” telah membuatkan netizen Indonesia beranggapan lagu ini berasal dari negara mereka.
https://www.instagram.com/p/CT9IESupH44/
Melalui perkongsian Instagram @beritaindonesia_, akaun ini tampil memaklumkan kepada para netizen khususnya orang Indonesia di mana lagu Dinda dinyanyikan oleh kumpulan dari Malaysia dan bukannya kumpulan dari Indonesia seperti yang disangka.
Menerusi tinjauan di YouTube pula, lagu Dinda nyanyian Masdo nampaknya kembali trending serta dibanjiri dengan netizen dari Indonesia yang menyukai lagu ini. Malah, terdapat netizen yang berpendapat lagu ini merupakan lagu terbaik Malaysia selepas lagu Isabella.
Berdasarkan respon positif daripada para netizen, dapat disimpulkan lagu ini berjaya menarik perhatian para pendengar di Indonesia. Diharapkan semoga lebih banyak lagi lagu dari Malaysia berjaya menjadi pilihan pendengar di Indonesia sekaligus membawa muzik Malaysia ke peringkat lebih jauh.
Tahniah diucapkan buat kumpulan Masdo serta mereka yang berada di belakang tabir dalam menghasilkan karya yang menjadi siulan peminat ini.
Tular pada minggu lalu program rap tempatan iaitu 16 Baris berjaya meraih pujian daripada Snoop Dogg.
Ketengahkan Penyanyi Rap ‘Indie’ Tempatan, Snoop Dogg Puji Siri 16 Baris
Tular Gambar Buat Lawatan Mengejut Di Hospital, Pandelela Dedahkan Sikap Sebenar KJ