Drama Korea ‘Crash Landing on You’ antara drama yang menjadi kegemaran ramai pada tahun lalu. Menurut laporan, pelakon utama drama tersebut iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin telah bercinta.

Sejak tahun 2018, khabar angin yang mengatakan Hyun Bin dan Son Ye Jin bercinta telah muncul tetapi dinafikan oleh pihak agensi. Difahamkan, mereka bercinta selepas drama ‘Crash Landing on You’ dan hubungan percintaan mereka kini mencecah 8 bulan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

1609464105-2

Lantaran pembongkaran percintaan Hyun Bin dan Son Ye Jin, rata-rata peminat berasa terkejut dan gembira. Malah, nama Hyun Bin kini turut ‘trending’ di Twitter.

Bukan itu sahaja, para peminat turut mengucapkan tahniah kepada Hyun Bin dan Son Ye Jin. Malah, para peminat berharap mereka akan bahagia selalu dan ada juga yang ‘patah hati’ apabila mendengar berita ini.

https://twitter.com/Fernand37378171/status/1344817481442013186

https://twitter.com/_UwUSehun/status/1344822738142199808

https://twitter.com/ramyeoneli/status/1344822710367469568

Tidak dapat dinafikan bahawa Hyun Bin dan Son Ye Jin kelihatan sangat sesuai bersama. Walau bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada pelakon itu sendiri dan juga daripada agensi mereka.

Tahukah anda kisah suka duka IU sebelum menjadi selebriti Korea? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop