Saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Pasti ramai yang sudah menonton filem pendek Ejen Ali Misi: Juang semalam.
Ketika ini, filem pendek tersebut ‘trending’ nombor 2 di YouTube dan animasi pendek itu padat dengan mesej untuk penontonnya. Dapat dilihat setiap karakter memakai face mask dan watak ‘jahat’ turut berganding bahu melawan ‘raksasa jahat’.
Filem berdurasi 3 minit itu mendapat pujian ramai kerana grafiknya yang kelihatan ‘real’. Akan tetapi, ada juga yang tidak puas hati kerana terlalu sekejap dan mahu melihat lebih aksi.
https://twitter.com/amineefadlii/status/1342496037315858433
Takguna ejen ali misi juang tu 3minit je😂. Punya la semangat. Burgur pun tak sempat habis lagi
— Shauqey Sany 🥊 (@ShauKeith) December 25, 2020
Sudah pasti filem pendek ini dapat mengubat kerinduan anda untuk menonton misi-misi yang dijalankan oleh Ejen Ali bersama ejen-ejen yang lain. Apakah pendapat anda akan filem pendek Ejen Ali: Juang ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Marvel Secara Senyap Sudah Beri ‘Hint’ Kewujudan Watak X-Men Sejak 2013 Lagi