Bintang sensasi Liverpool, Trent Alexander-Arnold terpegun dengan lima gol yang dihasilkan dalam saingan Liga Super Malaysia musim ini.
Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, Trent tampil berkongsi pandangannya mengenai jaringan-jaringan yang dijaringkan Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC), Safawi Rasid (Terengganu FC), Juan Muniz (Johor Darul Ta’zim), Luciano Guaycochea (Perak FC) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City).
Baca Juga:
- Trent Alexander-Arnold Nyatakan Hasrat Sertai Real Madrid
- Ini Barisan Pemain Bola Sepak Terkenal Yang Tamat Kontrak Pada Jun 2025
- Maresca Kritik Bunyi Bising Penyokong Liverpool Di Anfield
Trent yang terkenal dengan kelebihan mengambil sepakan percuma menjelaskan bahawa jaringan sepakan percuma ini bukan hanya melibatkan aspek kekuatan namun ia turut mengambil kira seni dan juga ketepatan dalam sepakan.
Daripada kesemua lima gol itu, jaringan menerusi pemain tengah Harimau Selatan, Juan Muniz ketika perlawanan antara Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur City FC menjadi pilihan Trent sebagai jaringan terbaik.
Trent teruja dengan keyakinan yang dimiliki Juan Muniz kerana dia menganggap situasi ketika mengambil sepakan percuma itu sememangnya sukar.
Untuk rekod, Juan Muniz kini merekodkan tiga gol dalam saingan Liga Super dan lima jaringan di pentas Piala FA musim ini. Selain jaringan daripada Juan Muniz, gol sepakan percuma yang dihasilkan Safawi Rasid turut mencuri tumpuan pemain pertahanan Liverpool itu.
Apa yang lebih menarik, Trent Alexander-Arnold juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa pemain Perak FC, Luciano Guaycochea yang menjaringkan gol ketika berdepan PDRM FC itu adalah sepupu kepada rakan sepasukannya di Liverpool, Mac Allister.