Walau seteliti mana pun kita, ada hari mungkin bakal terjadi insiden tersalah masukkan nombor akaun dan akhirnya duit masuk ke dalam akaun individu yang berlainan tanpa disedari.

Kebiasaannya, kita akan mulai panik dan membuat pelbagai perkara dalam usaha untuk mendapatkan semula wang itu semula meskipun peluangnya tipis kerana kesalahan sendiri.

Bagaimanapun, perkongsian seorang wanita tempatan ini menerusi FB Nursyira Natasha telah menjadi perhatian netizen tempatan apabila dia berjaya mendapatkan semula dengan trik yang tidak disangka-sangka berhasil pada akhirnya.

Bermula cerita ini di mana wanita terbabit telah menghantar wang deposit dekat orang lain dengan sejumlah RM1,700 secara tidak sengaja ekoran kecuaian masukkan satu angka berbeza pada nombor akaun.

“Allah je tahu perasaan dia masa tu,” rintihnya.

Di dalam keadaan hati gundah gulana, dia langsung beriktihar dengan melakukan pemindahan wang berserta mesej kepada pemilik akaun berkenaan dengan harapan dia sedar akan kesalahan penghantaran kepadanya.

“Mula mula i bagi instagram sebab ingatkan tak boleh masukkan number dekat reference tu. Setengah jam lepas tu duk tunggu takda respon dengan taktahu nak fikir gapo doh, try la letak number phone,” kongsinya lagi.

Setelah dihantar beberapa kali kerana jumlah aksara yang terhad untuk bahagian reference, salah satu mesejnya berisi nombor telefon disedari oleh individu terbabit dan langsung menghubungi bagi kepastian barang kali.

Berdasarkan gambar tangkap layar sejarah transaksi pemindahan wang yang disertakan, individu terbabit telah pun memulangkan jumlah keseluruhan wang yang tersalah hantar itu kepada pemilik asalnya.

Wanita itu langsung memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana mempertemukan dengan orang yang jujur dan mendoakan agar segala urusan individu terbabit dipermudahkan kerana sudah membantu dia disaat kesulitan.

trasnfer
Sumber Gambar: FB

Sebagai penegasan, pemindahan wang RM1,700 telah dibuat menerusi mesin wang deposit oleh itu tidak dinyatakan di dalam rekod itu.

Perkongsian wanita itu telah menerima pelbagai reaksi netizen yang mana ramai bersyukur kerana masih ada orang yang jujur di dalam masyarakat hari ini.

Dalam pada itu, ramai juga sedia menggunakan trik yang dipelajari dari perkongsian ini juga berlaku di masa depan kelak.

Agak sedih juga lihat ada yang meluahkan wang pernah hilang lebih RM5,000 ekoran tersalah transfer tetapi tidak terfikir untuk beriktihar seperti ini langsung ia hangus begitu sahaja.

Bagaimanapun, trik ini hanya terjadi jika kalau individu yang menerimanya masih bersifat jujur dan sedia memberi kerjasama untuk memulangkan semula wang yang tersalah pindah itu. Diharapkan lebih ramai orang bersikap jujur kerana ini dikira hak orang lain juga.