Pada hari semalam tular isu ‘Triton Lumpur’ di mana seorang pemilik Triton terpakai mendapati trak pikap itu mempunyai pelbagai masalah lagi sebelum keluar daripada kedai used car.

Sehubungan dengan itu, salah seorang rakan kongsi kedai used car, yang juga seorang TikToker terkenal tampil berjumpa dengan pemilik Triton itu untuk membuat permohonan maaf dan berbincang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi satu video dimuat naik TikTok @adikjun_kereta, beliau menjelaskan bahawa terdapat kelemahan daripada pihaknya yang tidak membuat penilaian lebih perinci terlebih dahulu daripada broker dan platform yang menjual kereta-kereta terpakai tersebut.

@adikjun_kereta

Terima kasih dan minta maaf #adikjun #fyp

♬ nhạc nền – Sleeping Pills – Sleeping Pills

“Saya minta maaf team QC kami tidak cukup bijak untuk semak di pusat servis. Saya akan tambah baik pasukan QC syarikat, tambahkan ahli QC untuk membuat semakan di pusat servis.

“Mengenai ‘kereta banjir’, ada lumpur dalam enjin, kami tiada kemampuan membuat penilai sehingga mengangkat keluar enjin.

“Saya sokong pendapat pemilik Triton, ada kemungkinan kereta tersebut pernah melalui kawasan banjir sebelum ini. Sebab itu dalam enjin ada lumpur. Tapi ia bukanlah kereta yang ditenggelami banjir,” terang Adik Jun.

Pada masa sama, bagi isu ‘tipu mileage‘, Adik Jun menjelaskan di dalam syarikat itu, beliau memegang posisi sebagai digital marketing, jadi beliau tidak dapat ‘turun padang’ untuk membuat inspection setiap kereta yang ada pada kedai tersebut.

Jelasnya lagi, memandangkan kereta-kereta dijual itu unit terpakai, jadi agak sukar untuk mengagak bilakah bahagian wear & tear akan rosak.

“Kami cuma boleh pastikan harga yang pelanggan beli berbaloi dengan keadaan kereta yang mereka dapat. Kami tak boleh janji semua kereta dalam keadaan baik.

“Walaupun kilang pun bukan semua okay, mungkin akan ada satu-dua unit yang bermasalah.

“Bagaimanapun, kami cuba terbaik untuk bertanggungjawab ke atas semua kereta yang dijual kepada para pelanggan,” ujar Adik Jun.

Menurutnya lagi, sejurus mengetahui isu itu timbul, beliau segera menghubungi pemilik Triton untuk berbincang menjelaskan situasi kedua-dua belah pihak.

Adik Jun bersyukur dapat menyelesaikan isu tersebut bersama pemilik Triton dengan baik. Beliau berjanji perkara seperti itu tidak berulang pada masa akan datang dan akan menambah baik pada bahagian QC.