Donald Trump arah rakyat Iran kosongkan Tehran, dan kemudian presiden AS itu dilaporkan sedia untuk membantu Is*ael yang kini sedang menyerang Iran.
Tel Aviv memberitahu Trump bahawa mereka mahu menyerang tapak pembangunan nuklear di Iran. Dan sudah berkali kali memujuk sekutu mereka itu menyertai mereka.
Sebelum ini Trump tidak begitu berminat dengan idea Benjamin Netanyahu. Dan kemudian dia meminta kedua dua negara tersebut berunding sebelum terlewat.
Kini sudah beberapa hari kedua dua negara berbalas serangan. Dan Trump sendiri mulai menasihati rakyat Iran agar mengosongkan Tehran.
BREAKING: President Trump INSTRUCTS everyone to immediately evacuate Tehran, Iran.
Trump wrote on Truth Social: “Iran should have signed the “deal” I told them to sign. What a shame, and waste of human life. Simply stated, IRAN CAN NOT HAVE A NUCLEAR WEAPON. I said it over and… pic.twitter.com/kmon31yut7
— RedWave Press (@RedWave_Press) June 16, 2025
Trump akui kesal kerana Iran tidak mahu menandatangani perjanjian yang mereka war warkan sebelum ini. Di mana Trump memberikan masa 60 hari kepada Iran untuk mempersetujui perjanjian tersebut.
“Iran sepatutnya menandatangani perjanjian yang saya ‘ajukan’ kepada mereka sebelum ini. Memalukan, dan mensia siakan nyawa manusia.
“Dengan bahasa mudah sudah diterangkan bahawa Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear. Saya dah ingatkan perkara ini berkali kali, dan semua orang harus mengosongkan bandar Tehran,” tegas presiden AS itu.
Rakyat Iran mulai kosongkan Tehran
Rakyat Iran mulai mulakan proses kosongkan Tehran kerana kebimbangan bahawa AS akan menyertai Is***l dalam serangan ke atas negara mereka.
BREAKING NEWS:
This is the scene in Tehran right now after President Trump’s post about evacuating the city.
— AmericanPapaBear (@AmericaPapaBear) June 16, 2025
Banyak video memaparkan evakuasi atau kosongkan Tehran dikongsikan di X.
Trump sedia bantu sekutu
Tidak lama kemudian, Trump dikatakan sedia mempertimbangkan untuk menghantar bantuan kepada Tel Aviv dari segi ketenteraan.
AS dikatakan sedia membantu Tel Aviv dalam usaha mereka mahu menghancurkan pusat pembangunan nuklear Iran di Fordow, di mana hanya kepakaran AS sahaja yang dikatakan mampu untuk menggeledah kawasan tersebunyim tersebut.
BREAKING: New York Times reports Trump is weighing whether to help Israel destroy the nuclear enrichment facility at Fordow, which only American bunker busters can reach.
— The Spectator Index (@spectatorindex) June 17, 2025
Sebelum ini Netanyahu sempat memberitahu kepada media bahawa orang paling dikehendaki Iran ialah Donald Trump. Di mana Netanyahu mendakwa hasil risikan mereka, Iran mahukan nyawa Trump.