Tular di media sosial sebuah rungutan daripada individu yang membuat kerja pembersihan dari rumah ke rumah apabila perkhidmatannya tidak dibayar oleh tuan rumah yang menggunakan khidmatnya.

Melalui sebuah perkongsian akaun X, Malaysia Most Viral, seorang individu dengan nama Shaa Mimi telah merungut apabila menunggu bayaran daripada tuan rumah selepas hampir 3 jam beliau sudah menyiapkan kerja pembersihan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dah 3jam saya tunggu bayaran dari tuan rumah ini. Saya cleaner. Tolong jangan pandang rendah terhadap cleaner. Sy org malaysia, jd cleaner demi rezeki halal. mencari rezeki halal. Bukan meminta duit percuma..

“Saya dan suami cleaning rumah 2 tingkat penuh dengan sampah, 1 roro sampah. Kena angkat pula satu dapur gas (tempat masa) berat gila dan buang dalam roro. Boleh bayangkan tak rumah 2 tingkat , kami cleaning sampai licin sampah2 tu penuh 1 roro.

“Sy redha. Saya halalkan tenaga saya.” Katanya yang kecewa dengan tindakan tuan rumah.

Hantaran ini mendapat simpati rakyat Malaysia dengan kebanyakannya mengecam tindakan tuan rumah tersebut.

 

 

Sebahagian pula menasihati mangsa agar meminta bayaran deposit dahulu sebelum memulakan kerja.

 

Melalui kemas kini terbaharu, difahamkan bahawa mangsa sudah mendapatkan bayaran, tetapi tidak seperti yang dijanjikan. Tuan rumah difahamkan tidak membuat bayaran penuh kepada mangsa.

“Isu 3 jam menunggu bayaran.. ye betul.. 3-4jam selepas selesai kerja saya tunggu bayaran dari customer. BARULAH DAPAT TAPI TAK SEPENUHNYA SEPERTI YG DIJANJIKAN,” katanya di laman Facebook beliau.