Bagi memenuhi permintaan para pelanggan, Honda telah mencipta pelbagai jenis kenderaan bagi beberapa segmen pasaran seperti pemilik minatkan kereta bersaiz kompak, pemilik perlukan ruangan luas dan pemilik gemarkan aktivti perlumbaan — oleh sebab itu harganya berbeza-beza mengikut kategori tersendiri.

Baru-baru ini satu komen yang dikongsikan oleh seorang wanita telah mengundang rasa geli hati warganet apabila dia mendakwa penjual kereta cuba ‘mengambil untung lebih’ dengan menaikkan harga kereta jualannya itu.

Dalam video awal yang dikongsikan menerusi TikTok @recondkelate, jurujual kereta itu ada menyatakan bagi yang berminat untuk mendapatkan Honda Civic Type R, pelanggan perlu mempunyai minimun gaji RM7,000, bayaran deposit (RM27,000) dan komitmen bulanan sekitar lebih RM2,800.

@recondstar

Replying to @reena.indah lawak dihari raya.

♬ suara asli – W i n d u – Ewindu.p

Bagaimanapun, ada seorang wanita berkongsikan komen mempersoalkan jurujual itu mark up harga terlalu tinggi kerana mahu mengambil untung lebih.

Kata wanita itu lagi, dia turut menggunakan kereta Honda namun tidak memerlukan gaji minimun serta komitmen bulanan setinggi seperti yang dinyatakan oleh jurujual terbabit.

Komen itu membuat warganet berasa geli hati kerana percaya wanita itu tidak mengetahui adanya Honda Civic versi hatchback berlogo ‘R’ yang mempunyai prestasi tinggi boleh digunakan berlumba di litar.

Sumber Gambar: TikTok @recondkelate
Sumber Gambar: TikTok @recondkelate
Sumber Gambar: TikTok @recondkelate
Sumber Gambar: TikTok @recondkelate

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video itu telah mendapat hampir 630,000 kali tontonan serta 1,500 komen daripada netizen lain. Manakala komen wanita itu pula telah dipadam oleh dirinya sendiri, dipercayai telah sedar kesilapannya menyamakan model Civic digunakan ke pejabat dengan ‘Civic Type R’ boleh digunakan untuk berlumba di litar.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada akhir bulan Julai lalu sebuah Honda Civic Type R milik warga Singapura yang hilang di Genting Highlands telah dijumpai semula dengan bantuan pengawal keselamatan sebuah kawasan perumahan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Honda Civic Type R Warga Singapura Hilang Ditemui Semula, Empat Ditahan Untuk Bantu Siasatan

Hilang Garang Tetapi Tampil Matang, Honda Kongsi Gambar Rasmi Civic Type R 2023

Dilihat Lebih Efektif, ‘Gambar Bergegar’ Kini Jadi Trend Untuk Jual Kereta