Sebelum ini dilaporkan Fatiya Latiff memberikan amaran seolah-olah mahu keluar agama Islam disebabkan dibuli netizen dan hal itu telah meraih perhatian orang ramai.

Susulan itu, Fatiya tampil menjelaskan mengenai tuduhan dirinya keluar agama yang dibuat netizen hanya berdasarkan video di TikTok dan menegaskan ianya tidak benar sama sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya masih mengamalkan Islam, ia hanya berdasarkan komen di video TikTok yang tidak benar dan tidak berasas.

“Kafir adalah kata-kata yang sangat kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim malah kepada agama lain juga.” tulis Fatiya di hantaran Instagram.

Tambahnya, segala perkongsiannya di TikTok merupakan cara dia mengekspresi diri dan meluahkan pendapat.

Dalam pada itu, Fatiya mengatakan dia tiada kaitan dengan pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim serta menolak dakwaan bahawa Zarina Anjouline adalah kawan baiknya