Objek aneh dalam bentuk monumen logam muncul secara misteri di tengah Gurun Utah yang tidak berpenghuni. Objek misteri itu dijumpai oleh kru dari jabatan sumber hidupan liar Amerika Syarikat.

Mereka menjumpai tugu terbabit ketika sedang melakukan rondaan menggunakan helikopter di sekitar padang pasir. Pada mulanya, pasukan ini ditugaskan untuk membantu pegawai jabatan sumber hidupan liar mengira jumlah bighorn domba (Ovis canadensis) di sekitar Gurun Utah.

Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada kru dilaporkan melihat objek yang memantulkan cahaya di tengah-tengah batu merah. Juruterbang, Bret Hutchings kemudian memutuskan untuk berpusing dan mendarat di salah satu teluk untuk melihat sendiri objek misteri itu.

“Salah seorang ahli dalam biologi adalah orang pertama yang melihatnya dan kebetulan kami terbang tepat di atasnya,” kata Hutchings kepada KSL-TV. “Dia seperti, ‘Whoa, whoa, whoa, patah balik, patah balik!’ Dan saya seperti, ‘Apa.’ Dan dia berkata, ‘Ada sesuatu di sana, kita harus melihatnya!’,” tambahnya.

https://www.instagram.com/p/CH9KTKnBEtC/

Ketika didekati, objek itu kelihatan seperti diletakkan di tanah. Ini menunjukkan bahawa objek itu tidak dijatuhkan secara rawak, melainkan ia ditanam dengan sengaja.

Bagaimanapun, sebahagian orang pada awalnya menolak untuk mendekati tugu terbabit kerana khuatir akan membahayakan nyawa. Sementara itu, Hutchings, menganggap objek itu milik NASA.

Tidak lama selepas itu, dia beranggapan bahawa monumen ini dibina oleh seorang artis atau peminat filem 2001: Space Odyssey. Ini disebabkan struktur monumen itu seperti sebuah mesin yang terdapat dalam kisah Arthur C. Clarke.

“Saya menganggap bahawa ia adalah seorang artis atau sesuatu. Anda tahu, seseorang yang merupakan peminat besar (2001: A Space Odyssey),” katanya seperti dikutip oleh Daily Mail.

https://www.instagram.com/p/CH09VY_hAGk/

Sekiranya anda merujuk salah satu adegan dalam filem 2001: A Space Odyssey yang dikeluarkan pada tahun 1968, memang ada monumen seperti ini yang muncul di dalam filem terbabit.

Monumen ini dianggarkan mempunyai ketinggian 3.6 meter. Jabatan Keselamatan Awam Utah telah memberi amaran bahawa, jika benar monumen logam ini diletakkan dengan sengaja, ia dianggap sebagai tidak sah kerana membina bangunan atau karya seni tanpa kebenaran.

Sehingga kini, lokasi penemuan monumen misteri itu masih dirahsiakan, dan masih belum terbongkar siapa atau apa yang meletakkan monumen itu di sana.

Terdahulu, ketukan misteri dilaporkan menghantui penduduk Sabak Bernam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ketukan ‘Misteri’ Dilaporkan Hantui Penduduk Di Sabak Bernam

Detak Jantung Bumi, Bunyi Misteri Yang Datang Setiap 26 Saat

Misteri ‘Kubur Berdarah’, Ini Jawapan Daripada Hasil Siasatan Polis