Jawad Mansur, seorang tukang sapu taman permainan kanak-kanak di Gaza adalah orang kaya yang luar biasa. Sambil menjalani kehidupan serba kekurangan di Gaza dengan bekalan elektrik hanya 3-6 jam sehari, sukar mendapatkan air, negaranya yang hancur lebur dan dikepung tentera Zionis lebih lapan tahun, kekayaannya akhlaknya membuat kita terkesima.
Ini cerita yang dilaporkan oleh TV Al-Quds.
Dalam perjalanan Jawad melaksanakan rutin hariannya sebagai petugas pembersihan di Gaza, beliau telah terjumpa sebuah beg. Apabila beg itu dibuka, di dalamnya ada berkepuk-kepuk wang yang diikat. Jika dikira-kira, semuanya berjumlah USD 30 ribu !
Bayangkan kita yang dilanda musibah dan terdesak, terjumpa sejumlah wang yang banyak. Apa agaknya pendirian kita ?
Jawad tanpa berlengah terus ke balai polis, membuat laporan laporan penemuan beg itu dan terus membuat kerjanya seperti biasa.
Pada sebelah malamnya, Jawad dikehendaki hadir ke balai polis bagi membantu siasatan. Kenapa? Ada seorang lelaki bernama Abu Muhammad mendakwa dia ialah pemilik beg itu.
Jawad pun bertanya, “Apa yang ada dalam beg kamu yang hilang itu?”
Kata Abu Muhammad, “Wang.”
(Pada waktu ini, pihak polis belum memaklumkan kandungan beg itu kepada Abu Muhammad.)
Tanya Jawad lagi, “Berapa jumlah wang yang ada?”
Abu Muhammad menjelaskan, “Semuanya ada USD30,000.”
Jawad menyambung, “Bagaimana wang itu disusun?”
Kata Abu Muhammad,”Saya buat 3 ikatan. Setiap satu USD10,000 dengan not USD100 dan USD50.”
Jawad pun menghela nafas lega dan berkata, “Beg ini sememangnya milik anda.”
Kisah ini mendapat perhatian TV Al Quds dan dengan mata yang berkaca Abu Muhammad berkata pada wartawan, “Saya bermati-matian mahu memberikan Jawad sedikit hadiah tapi dia menolaknya”.
Kemudian, Jawad diminta memberi jawaban mengapa dia menolak hadiah yang ingin diberi.
Yalah, USD30,000 di Gaza adalah nilai yang sangat besar di sana. Pasti ada sebab yang kukuh dia menolaknya.
Jawapan yang diberikan oleh bapa kepada empat anak ini sememangnya membuktikan betapa beliau seorang tukang sapu benar-benar kaya.
“Ya, beliau (Abu Muhammad) hendak memberi saya hadiah. Saya tanya hadiah apa yang beliau mahu berikan? Katanya 10 peratus dari jumlah yang tadi iaitu kira – kira USD3,000 (lebih kurang RM10,500). Saya kata, wang ini saya jumpa sebagai amanah dari Allah. Hanya Allah yang berhak memberi saya hadiah.”
Ya, kami bersetuju hadiah dari Allah tentunya hadiah yang paling istimewa sekali.
Disusun semula dari SMSTauhiid.
Like page The Vocket di Facebook