Jika anda mahu melancong ke sesuatu destinasi, adakah anda akan memilih perkhidmatan agensi pelancongan ataupun merancang perjalanan anda sendiri? Walau apa pun pilihan anda, pasti akan ada cabaran dan masalah yang perlu dihadapi.
Begitulah apa yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook Fuad Aziz apabila dia yang telah membayar deposit kepada pihak agensi pelancongan untuk ke Jepun pada bulan Disember ini kecewa apabila pihak agensi pelancongan terkenal itu mahu menukar tarikh perjalanannya.
Baca Juga:
- Hati-Hati Dengan 5 Pengendali Pelancongan Ini Yang Beroperasi Secara ‘Tidak Sah’
- 4 Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pilih Travel Sendiri Atau Ikut Agensi Pelancongan
- Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022
Menerusi perkongsian tersebut, Fuad berasa tidak puas hati kerana telah membayar deposit untuk tarikh yang dimahukan tetapi pihak agensi terbabit mahu menukar tarikh ke tahun depan serta perlu membayar lebih daripada pakej yang dipersetujui sebelum ini.
Selepas beberapa kali perbincangan, Fuad mahukan ‘refund’ tetapi tuntutan tersebut seolah tidak dilayan dan haknya dinafikan apabila hanya boleh menukar tarikh. Ini bukanlah salahnya tetapi pihak agensi pelancongan terbabit yang mahu menukar tarikh sesuka hati tanpa memikirkan perasaan pelanggan.
Difahamkan, Fuad tidak dapat menghubungi pihak agensi pelancongan tersebut apabila nombornya disekat dan juga media sosial miliknya turut disekat oleh pihak agensi itu.
Fuad juga telah memuat naik posting berkaitan isu itu di sebuah group di Facebook dan mendapat reaksi pelbagai pihak. Malah, ada juga yang pernah menjadi mangsa kepada agensi pelancongan itu bertindak untuk menghubungi Fuad sekaligus meminta bantuannya.
Tambahnya, jumlah kerugian para mangsa melebihi RM100 ribu temasuk deposit minimum, bayaran penuh dan juga separuh bayaran tetapi belum lagi terbang ke destinasi.
Bercakap kepada The Vocket, dia hanya mahukan dirinya bersama mangsa-mangsa lain mendapat pembelaan dan pihak agensi pelancongan terbabit berdepan dengan mangsa memberikan solusi terbaik, bukannya berdiam diri.
Susulan kepada isu tersebut, pihak agensi pelancongan terbabit tampil memberikan kenyataan rasmi di Instagram mereka dimana hal itu terjadi disebabkan beberapa faktor dan didalam terma yang telah dipersetujui sebelum ini terang mengatakan bahawa tiada ‘refund’ akan diberikan jika mahu membatalkan pakej yang dibeli.
https://www.instagram.com/p/CkAMjBwt4T2/
Menerusi kenyataan tersebut, pihak agensi itu menyerahkan segalanya kepada KPDNKK untuk memastikan mana satu pihak yang betul. Malah, pihaknya akan akur jika benar terbukti pihaknya yang bersalah dan mahu pihak Fuad juga akur dengan segala keputusan kelak.