Sejak kebelakangan ini, kita melihat penghinaan terhadap agama Islam semakin menjadi-jadi di serata dunia. Terdapat pihak tidak bertanggungjawab sepertinya sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam.
Senario ini boleh dibuktikan selepas satu saluran di YouTube yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhamaad SAW dengan animasi berunsur negatif.
Lebih menyakitkan hati lagi apabila pencipta animasi itu tanpa rasa bersalah menggambarkan raut wajah Rasulullah SAW serta menyebarkan cerita berdasarkan hadis yang diubah suai bagi tujuan menyesatkan penonton
jom ramai ramai report account ni ❗️❗️❗️ pic.twitter.com/DEDEfuWBSj
— dinda (@ruanguntukdinda) March 31, 2024
Perkara berkenaan ditularkan oleh pengguna X bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk melaporkan saluran tersebut supaya tindakan dapat diambil oleh pihak YouTube.
“Jom ramai-ramai report akaun ini. Mereka pun ada akaun X, tolong laporkan semua yang mereka ada, mereka punya tahap menghina Nabi kita dah melampau,” kongsi pengguna itu.
Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan penghinaan yang dilakukan dan mengambil inisiatif untuk melaporkan saluran berikut dan juga media sosial berkaitan yang aktif.
Ramai juga meluahkan rasa risau dengan dakyah yang disebarkan kerana mereka menggunakan ayat suci al-Quran dan hadis-hadis sahih dengan tafsir berdasarkan fahaman yang salah. Oleh itu, semua mahu membenamkan saluran-saluran terbabit kerana takut !.