Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki mendakwa sebagai bapa kepada pelawak, Jocelyn Chia membuat pengumuman terbuka telah membuang anaknya daripada keluarga mereka.

Menerusi hantaran tersebut di Twitter, individu yang menggunakan nama akaun Anthony Chia Wayne Liang mendakwa beliau dan isterinya tidak mengiktiraf Jocelyn Chia sebagai anak lagi sehingga mereka meninggal dunia susulan kontroversi yang dicetuskan pelawak itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter

“Perbuatannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat.

“Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, pengguna Twitter meragui dengan kewujudan akaun tersebut kerana ia baru dicipta pada bulan ini serta beberapa hantaran yang disifatkan sebagai pelik.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendakwa hantaran itu hanyalah sekadar gimik untuk mensensasikan isu tersebut di samping mahu menjejaskan imej pelawak itu.

Terkini, Jocelyn memaklumkan akaun yang mendakwa sebagai bapa kepadanya itu adalah palsu. Beliau juga meminta agar para pengguna Twitter untuk melaporkan mengenai akaun palsu tersebut agar disekat.

Terdahulu, Jocelyn dikecam orang ramai apabila menggunakan kes The 1975 untuk memperlekeh Malaysia. Jadi, anda beringatlah untuk tidak mempercayai 100% kepada sesebuah akaun yang menyamar sebagai individu tertentu tanpa menyelidik kesahihannya.