Sebelum memulakan perjalanan, pasti kita akan memastikan segala kelengkapan berjalan lancar. Sebelum ini, lorong tambah nilai Touch n Go turut telah ditutup pada 5 November 2019 yang lalu.
Pastinya ramai yang menimbulkan rasa kebimbangan jika tidak cukup baki. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter berkongsi kepentingan butang intercom jika baki kad Touch n Go tidak mencukupi.
https://twitter.com/benygtersakiti/status/1203159544399941632
Menerusi perkongsian tersebut, jika anda menekan butang interkom tersebut akan ada pekerja di plaza tol yang akan datang membantu. Menurutnya lagi, pegawai PLUS berpesan agar tidak membahayakan nyawa dengan melintas dari lorong ke lorong kerana bertentangan dengan SOP PLUS.
Akan tetapi, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pihak. Rata-rata netizen mengatakan bahawa walaupun mereka telah menekan butang intercom, akan tetapi tiada pekerja plaza tol yang datang dan mereka terpaksa keluar kereta pergi ke pondok tol yang ada jurutol.
Haha bende ni impossible sngt. Aku pernah dgn anak aku dua org je, anak aku dalam car seat tekan dia kata kene jalan pergi lorong tambah nilai tu. aku cakap ada budak tak boleh kua, 3 kali tekan jawapan yg sama. Last2 aku terpaksa angkut anak aku kua sekali.
— A.H (@AshrafH__) December 7, 2019
Kejadah lah dtg. Aku duduk betul2 sebelah lane yg ada org kat sebelah. Dlm tuh siap ada 2 org lagi. Dah 50 kali aku tap pakai 3 kad, takde pulak dtg. Nampak kot tak lepas2. 5 min aku kt situ. Lepas tuh ckp ewallet takde kt plus. Menyusahkan.
— NeraaBelle (@nananeraa) December 8, 2019
Malah, ada juga yang mengatakan bahawa sesetengah plaza tol tidak memaparkan baki dan menyusahkan para pengguna. Selain itu, netizen juga mendakwa bahawa bukan salah Touch n Go sepenuhnya kerana di beberapa plaza tol boleh ditolak terus menerusi e wallet tidak seperti plaza tol milik Plus.
https://twitter.com/strongsoul___/status/1203325186981810176
Benda simple je, highway dia lalu dua kali toll satu masuk satu keluar. Bila touch dekat masuk tu tgk tgk la baki. Kalau rasa tak cukup pegi la station minyak dekat highway tu bersepah boleh topup. Ni nak harapkan orang dtg buat semua untuk kau
— Imran🏴 (@imranzainol) December 7, 2019
Pastinya perkara ini sering berlaku dan masih tiada lagi jalan penyelesaiannya. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?
Sebelum ini, netizen meluahkan perasaan apabila lorong tambah nilai Touch n Go bakal tutup semua lorong. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go, Netizen Tampil Luah Perasaan
Lorong Tol Tambah Nilai Touch ‘n Go Bakal Dihentikan Bermula 5 November