Selain perubatan moden, ada segelintir individu lebih selesa mendapatkan rawatan tradisional meskipun tiada bukti sahih akan kemujarabannya.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu rawatan mandian dari air perigi yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuklah yang kronik.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Difahamkan telags yang terletak kawasan perkhemahan di Ulu Sepri, Rembau itu mengandungi teknologi rawatan terapi ion buatan manusia yang pertama di Malaysia.

@rizzstudio2024

Telaga ION buatan teknologi manusia di Dusun Pinang Campsite Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan di mana di sini tempat mandi perigi ion yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. #dusunpinangcampsite #telagaion #perigiion #dusunpinang #ulusepri

♬ original sound – Rizz Studio – Rizz Studio

Tambahan pula, rawatan terapi itu boleh memberi kesan kebaikan untuk mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti strok, urat saraf, radang saraf, dan sebagainya.

Untuk melariskan lagi servis tersebut, pihak pusat terapi ini juga mendakwa terapi mandian ini membuang aura negatif.

Dengan sebegitu banyak ‘kebaikan’ yang ditawarkan sudah semestinya berjaya mempengaruhi golongan warga emas yang mana didapati mereka sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk berikhtiar dengan terapi mandian itu.

Perkara ini sekaligus meraih perhatian netizen yang mana mempersoalkan tahap kebersenaan terapi itu memandangkan pelbagai jenis penyakit boleh dirawati dengan hanya menggunakan air mandian dalam telaga tersebut.

Menurut netizen lagi, sebaldi air dicaj dengan harga RM50 dan minyak sapu untuk rawatan itu pada harga RM50.

Malah, ada yang kata sudah mencuba terapi mandian untuk merawat sakit sarafnya namun tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Susulan itu, netizen menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyiasat mengenai dakwaan terapi perigi terbabit.

Susulan itu, KKM telah mengambil maklum dan sedang mengambil perhatian serius mengenai isu tersebut.

Orang ramai diminta untuk tidak tertipu dengan penawaran perubatan sebegini kerana sudah terlalu banyak pihak mengambil kesempatan dengan kenaifan rakyat tempatan.