Di Malaysia, kita sudah terbiasa mendengar kisah hantu yang berkait dengan jin mahupun mereka yang mengamalkan ilmu hitam.

Terbaharu, tular sebuah rakaman CCTV yang memaparkan kejadian misteri bunyi ketukan di pintu rumah yang didakwa berlaku di Parit Raja, Ayer Hitam, Johor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@kluangparanormalreal

Lokasi parit raja johor #seram #mistik #ketukkanpintu #jin #alamghaib #videoviral #fyp #gangguan #meledak #detikseram #kluangparanormalreal #kpr #paranormalmalaysia

♬ bunyi asal – 🦇 Kluang Paranormal Real 🦇 – 🦇 Kluang Paranormal Real 🦇

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, jelas kedengaran bunyi ketukan hingga mengganggu burung di sekitar kawasan rumah berkenaan.

Pemilik video turut mendakwa bahawa terdapat kelibat bayang-bayang yang cuba mengetuk rumah tersebut.

Malah, selang beberapa saat, rumah di sebelah juga turut menerima gangguan ketukan misteri tersebut.

Penduduk dakwa wujud individu cuba ilmu hitam

Memetik sumber Harian Metro, ketukan misteri itu berlaku sejak malam Khamis lalu dan didakwa ia ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.

“Ada yang mengatakan bahawa, kejadian ini ada kaitan dengan amalan ilmu hitam kerana ada individu mahu ‘test’ kekuatan ilmu itu, namun sejauh mana kebenaran saya tidak pasti.

“Bayangkan kalau rumah saya sahaja yang kena ada logiknya. Ini satu kampung kena usik. Kami tidur pun tak lena akibat ketakutan itu,” kata seorang penduduk kampung.

Tambahnya lagi, pasukan paranormal yang menjalankan perubatan Islam datang ke kampungnya memaklumkan memang ada makhluk yang mengganggu di situ.