Tular sebuah video baru-baru ini yang memperlihatkan tindakan seorang pemandu bas yang meninggalkan penumpangnya ini disifatkan tidak bertimbang rasa sekaligus mencetuskan kemarahan ramai.

Susulan video tular menunjukkan penumpang tersebut sedang mengejar bas eskpres yang sepatutnya dinaiki, Ketua Pengawai Eksekutif Mara Liner, Zachary Ismail tampil membuat permohonan maaf dan menzahirkan rasa ke atas insiden yang berlaku.

Baca Juga:

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau berkata Mara Liner telah mengambil tindakan lanjut terhadap pemandu tersebut sejurus menerima aduan berhubung kejadian di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melibatkan bas ke Melaka pada selasa lalu.

“Kami telah menghubungi penumpang terbabit pada Rabu bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal.

”Siasatan dalaman juga telah memulakan sejurus aduan diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terbabit juga telah diambil.

“Mara Liner sekali lagi memohon maaf kepada semua dan berharap insiden seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan rasmi tersebut.

@tsharissadli

♬ Take Me Home Country Road – The United Trio

Sementara pemilik asal video di TikTok juga meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak bertimbang rasa yang dilakukan oleh  pemandu bas tersebut.

Lebih menyayat hati lagi apabila mangsa bukan sahaja tidak dibenarkan masuk selepas lewat seminit malahan terpaksa mengejar sehingga ke Kuala Libai, Terengganu menggunakan motosikal.

Susulan itu, pengguna maya meluahkan rasa geram di samping berkongsi pernah alami pengalaman yang sama dengan syarikat penyedia bas tersebut sebelum ini.

Sumber