Kecoh semalam berkenaan rakaman video di platform X menunjukkan pergelutan antara rider penghantar makanan dan pengawal keselamatan.

Dalam kejadian dipercayai di sekitar ibu kota Kuala Lumpur itu, difahamkan rider terbabit dihalang daripada memasuki premis oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, pelanggan yang memesan telah mendesak supaya rider tersebut memasuki bangunan bagi menyerahkan bungkusan yang dipesan.

Situasi bertambah tegang apabila rider berkenaan didakwa dimarahi pengawal keselamatan warga asing sehingga menyebabkan mereka memanggil individu lain bagi mendapatkan bantuan.

Menerusi beberapa video berdurasi kira-kira 3 minit itu, rider tersebut dilihat sudah berada dalam keadaan tertiriap di atas lantai dan tangannya ditarik ke belakang untuk mengehadkan pergerakan.

Malah, kedengaran suara perempuan yang dipercayai pelanggan yang cuba meleraikan pergelutan tersebut. Wanita itu juga sedia bertanggungjawab jika kemasukan rider ke premis itu menjadi satu kesalahan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof memaklumkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Sekyen 323 Kanun Keseksaan. Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Sumber