Malaysia merupakan sebuah negara yang menolak dakyah atau fahaman LGBT termasuklah berpakaian jantina lain yang menyimpang dengan norma masyarakat di sini.

Namun, masih ada segelintir individu yang masih berkean malahan mengenakan pakaian berlainan jantina secara terang-terangan tanpa menghiraukan tanggapan atau lontaran negatif yang diterima dari orang ramai.

Bagaimanapun, seorang influencer dan gemar memakai pakaian berlainan jantina bernama Bryan Wee aka Bai En, telah memuat naik video di TikToknya yang memperlihatkan dirinya memasuki tandas wanita di lokasi yang tidak diketahui.

Di dalam video itu, tandas tersebut kelihatan kosong sahaja, tiada sosok wanita pada ketika itu.

Dia siap berseloroh kata ,” wanita memang kena guna tandas wanita.”

@bryanwee333

♬ 原声 – 白蒽 – 白蒽

Tindakan berani lelaki tempatan itu langsung menimbulkan perdebatan sama ada boleh seseorang berjantina lelaki masuk ke tandas wanita dengan alasan berpakaian perempuan.

Soalan itu langsung ditujukan kepada PDRM yang mana lebih arif dalam perihal sebegini.

Majoriti melihat ini merupakan satu tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab kerana individu terbabit masih dikira sebagai lelaki dan selayaknya masuk ke tandas yang disediakan mengikut jantina.

Malah, di luar negara sudah menjadi isu apabila ada sebahagian individu yang sengaja berpakaian wanita hanya kerana mahu masuk ke tandas wanita lalu mengganggu wanita lain yang berada di dalam tandas berkenaan.

Hal ini sekaligus telah berkait dengan isu keselamatan pengunjung wanita yang mahu ke tandas dengan tenang apatah lagi yang beragama Islam perlu menjaga aura daripada jantina lain.

Sementara yang lain pula beranggapan ia sebagai sesuatu yang lucu dek mungkin kerana jarang melihat fenomena tersebut di Malaysia.