Kawasan Sukhumvit 11 di Bangkok, Thailand, menjadi kecoh pada Ahad lalu apabila berlakunya satu pergaduhan di antara dua geng pondan daripada Thailand dan Filipina.

Menurut The Thaiger, pergaduhan itu tercetus selepas seorang lelaki transgender Thailand mendakwa bahawa beliau telah dirompak oleh ahli trangender Filipina.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan rasa tidak puas hati, geng transgender Thailand bertindak menyerang kubu kawasan transgender Filipina di Sukhumvit 11, dan di situ berlakunya huru-hara sehingga membuatkan pasukan pihak berkuasa pening mahu mengawal keadaan.

Menurut laporan media tempatan, pihak polis kelihatan gagal mengawal keadaan dan gagal menangani rusuhan yang melibatkan ratusan transgender.

Setakat ini difahamkan bahawa pergaduhan fizikal mula tercetus selepas transgender Thai mendakwa bahawa mereka telah diejek dan diberikan jari tengah oleh geng lelaki lembut Filipina.

Video kekacauan yang tersebar di media sosial menunjukkan kemarahan orang ramai dari kedua-dua pihak.

Dalam video yang dimuat naik semula oleh akaun Instagram @freakout pada 6 Mac 2024, dapat dilihat objek dilemparkan dan kata-kata kesat disuarakan oleh kedua pihak.

Insiden ini menarik perhatian netizen Thailand yang ramai di antara mereka bersimpati dan menyokong wanita transgender Thailand.