Tular video menunjukkan seorang staf PUSPAKOM telah dilempang oleh pemandu lori. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Johor Bharu.
Ini berdasarkan data yang terpapar pada skrin rakaman kamera litar tertutup yang tular.
Pegawai PUSPAKOM tersebut kelihatan sedang berjalan ke arah pemandu lori tersebut dan cuba membantu pemandu lori itu yang kelihatan mahukan penjelasan tentang sesuatu.
Dan tiba tiba pemandu lori tersebut bertindak agresif dan menampar pegawai itu lalu kelihatan memaki hamunnya.
Pemandu lori itu juga dilihat mengoyakkan kertas dalam keadaan sangat marah dan tak puas hati.
Beberapa pegawai lain kemudian menghampiri mereka berdua dan meredakan keadaan. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan apakah sebab lelaki itu bertindak sangat agresif dan melempang pegawai PUSPAKOM itu.
Rakaman CCTV sorang pekerja Puspakom Johor Bahru kene lempang dengan pemandu lori…
Punca belum diketahui… pic.twitter.com/QzvLyH6Tyw
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 16, 2025
Netizen berharap pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut. Ini kerana tindakan lelaki tersebut menyerang pegawai yang sedang bertugas dianggap satu kesalahan serius.
Sekiranya pegawai itu membuat kesilapan, ada saluran yang khas untuk membuat aduan, menurut netizen.
Netizen berharap pemandu lori itu dikenakan tindakan di atas kelakuan ganasnya itu.
Ramai juga yang berharap agar semua pihak tidak cepat membuat spekulasi di atas apa yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat.
Salah seorang netizen memuji kesabaran staf PUSPAKOM tersebut yang dilihat tidak membalas tamparan tersebut.
“Penyabarnya abang itu Ya Allah,” tulisnya di ruangan komen di platform X – yang dahulunya dikenali Twitter.
Penyabarnya abg tu ya Allah
— Online mandarin class / link @ bio (@iekariffin_) January 16, 2025