Netizen rata-rata marah dan terkejut dengan sikap seorang pelajar sekolah yang dianggap biadab dan sanggup mengajak gurunya bergaduh.
Video tersebut tular di media sosial. Pelajar tersebut dikatakan melanggar peraturan sekolah dan kemudian tidak menerima teguran gurunya.
Berlaku pergelutan di antara pelajar dengan guru tersebut. Pelajar lelaki tersebut dilihat menumbuk muka gurunya sendiri.
Gurunya yang jelas kecewa dengan sikap murid itu telah meminta murid tersebut menumbuk sahaja mukanya, jika itu yang pelajar itu mahu.
Netizen rata-rata memuji tahap kesabaran guru tersebut yang dianggap sangat sabar berdepan dengan pelajar biadap itu.
“Bagus cikgu ni masih mampu mengawal diri, kalau saya di tempatnya, saya tidak cukup sabar dengan pelajar yang biadap,” tulis seorang netizen.
Yang lain menambah: “Semoga ibu bapa pelajar ini melihat sendiri kelakuan anak mereka yang biadab ni.”
Mereka juga menganggap guru tersebut guru yang baik kerana terus bergegas dalam mendidik pelajarnya. Kerana guru yang baik itu adalah guru yang sentiasa peduli akan pelajarnya.
Ini kerana daripada kelakuan pelajar tersebut yang berani meninggikan suara dan menyentuh gurunya itu, jelas menurut mereka pelajar itu memang jenis bermasalah.
“Untung kau dik, ada cikgu yang masih peduli menegur dan memarahi kau bila kau buat silap. Jangan esok lusa, dah tiada lagi cikgu yang peduli dengan kau,” tegas seorang netizen.
Mereka juga mengingatkan pelajar itu bahawa, dia harus menjaga adab dengan guru yang memberikannya ilmu. Dan berharap bahawa tindakan lanjut akan diambil ke atas pelajar tersebut.