Baru-baru ini tular sebuah video ngeri yang memaparkan seorang wanita terjatuh dari sebuah bangunan didakwa ditolak oleh kekasihnya.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna di X, pada mulanya kedengaran suara wanita yang sedang menjerit dengan sangat kuat yang mana didakwa ketika itu sedang bertengkar bersama kekasihnya.

Baca Juga:

Tidak lama selepas itu, kedengaran wanita itu menjerit dalam ketakutan kemudian kelihatan sosok tubuh yang jatuh dari bangunan kediaman. Mangsa didakwa telah ditolak oleh teman lelakinya dari tingkat atas sebuah kondominium yang terletak di Setia Alam.

Sumber Gambar: X

Difahamkan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan lokasi kejadian telah dipenuhi pihak berkuasa pada ketika ini. Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan berita dan video tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Kemas kini daripada laporan Harian Metro, wanita itu merupakan warga Thailand dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 di sebuah kondominium di Setia Alam malam tadi.

“Suspek iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan di lokasi kejadian pada 10.10 malam.

“Hasil semakan mendapati lelaki itu yang juga pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis kanabis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, orang awam yang mahu menyalurkan sebarang maklumat berkaitan insiden bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025.